Sunday, April 24, 2011

Bila rasamu itu rasaku.



Senyum pada aku macam selalu
Maaf. Maaf seribu maaf aku pinta pada kau. Aku tak pasti apa yang mengganggu perasaan kau malam itu. Maaf, silap aku juga bicara dengan kau pada timing yang salah. Maaf sekali lagi. Telah aku ikat janji pada kau untuk jadi perempuan kuat. Perempuan keras. Namun, hanya satu  ayat kau telah buat getar pada hati perempuan aku. Lalu aku kalah. Kalah pada air mata.


Maaf, silap aku pada kau banyak. Dari pertama kali saat plastik tu bertukar tangan, banyak silap aku pada kau. Au tak nampak apa istimewa aku, namun kau buat aku rasa bagai aku saja yang wujud dalam dunia ni. Terima kasih. 


Pinta aku, ingat aku di sini. Ingat aku sentiasa ada untuk kau. Macam kau sentiasa ada untuk aku. Karma itu setan. Kerana buat aku rasa apa yang telah kau rasa. Padan muka aku. Sekali lagi, aku disini. Masalah kau, masalah aku. Bahagia kau, bahagia aku. Muram kau , tangis aku. Senyum kau, ketawa aku. Kongsi sama aku segalanya. Akan aku tadahkan telinga aku untk kau, akan aku pinjamkan bahu aku untuk kau. Seperti apa yang pernah kau buat pada aku.


Aku ada untuk kau disini untuk kau sahabat. Tanam ini dalam pikiran kau.

Aku kangan sama kau :'(

Aku perlu kau teman. Temani hari aku. Temani hari mendatang aku.


Aku pasti kau lain dari yang mana aku pernah kenal.


Kau bilang bila kau tak puas sama aku. Kau bilang bila aku salah. Kau bilang bila aku benar. Kau cermin aku. Kau tiup aku kata semangat bila aku butuhkannya. Kau pinjamkan aku bahu kau kapan aku perlu.


Aku kangan waktu aku dan kau bersama. Aku kangan gelak tawa kau. Aku kangan pekikan kau. Aku kangan haba tubuhmu waktu kau peluk aku. Aku kangan semua itu.


Sampai mati aku cinta kau, sahabat terbaik aku Nur Ezzah Syahirah Sabri :'( 


rindu :'( 

Friday, April 22, 2011

Hati itu.

Perempuan sama perasaan bisakah kau pisahkan ? Perempuan simbolik dengan air mata. Sama juga macam kaum adam yang simbolik sama ego.

Kau bilang gadis itu egois. Egois kah dia bila dia cuba pertahankan hak perempuannya ?

Kau bilang gadis itu pentingkan diri. Salahkah bila gadis itu ingin pertahankan hati perempuannya ?

Kau bilang gadis itu minah tangkap leleh. Salah dia kah bila tuhan kurniakan dia jiwa lembut ?

Kau bilang sama aku. 

Lalu gadis itu pilih untuk jadi keras hati, agar tak mudah tangkap leleh seperti kata kau. Mungkinkah kau bakal kata gadis itu gadis tak punya perasaan ? Berhati binatang ?

Mungkinkah ? Dengan kata kau, hilang sudah gadis itu. Hilang sudah minah tangkap leleh, hilang sudah gadis egois yang suka pertahankan hatinya. 

Maka lahir seorang perempuan, yang aku kira tak punya perasaan, tak punya air mata macam yang kau pinta. Ngomong lah kau satu dunia, dia diamkan saja. Asal kau puas.


*Maaf gadis itu emosi. Emosi terakhir gadis itu.

Thursday, April 21, 2011

Gadis itu si manusia biasa yang punya rasanya sendiri.

Asalkan kau tau. Gadis itu bukan egois. Gadis itu cuma ingin kau faham hendak hatinya bila dia bisa ikut hendak hati kau. 


Aku pinjam kata adik aku, dalam keras hati gadis itu ada lembutnya, jika kau pikir gadis itu kerap amarahnya, dalamnya masih sekuntum bunga.


Kerna gadis itu punya cerita sendiri, yang tak bisa kau ikut perkembangannya kerna kau terperangkap dalam kisah kau sendiri, kisah yang kau cipta dalam tangis gadis itu.


Gadis itu punya rasanya sendiri, yang aku pikir kau takkan pernah mengerti.


Kerna gadis itu cuma gadis biasa, tak sesempurna Aisyah, Balqis dan Zulaika.


Asalkan kau mengerti.

Wednesday, April 20, 2011

Kerana aku ingin lihat bulan dengan kau.



Hipokrasi. Wujudkah orang yang ingin menjadi hipokrit ? Aku berani potong jari tak siapa yang ingin menjadi hipokrit dalam hidup. Namun, dengan environment dunia, hipokrasi menjadi makanan ruji manusia. Kau terpaksa jadi hipokrit demi mencapai kehendak kau.


Kau tak boleh nak minta dunia sesuai kan persekitaran mengikut kehendak kau. Kau yang harus menyuaikan diri dengan persekitaran dunia.


Aku sakit. Aku lelah kapan aku lihat gambar mambar kau dengan perempuan cantik itu. Gambar kenangan tawa kau berdua waktu aku terjelepuk di atas lumpur yang kau cipta. Waktu kau ketawa hina pada aku kerana kau pilih ego. Kau terperangkap. Dalam sangkar egois yang kau bina. Aku. Aku pilih untuk jadi orang yang dicemuh kerana dambakan kau. Air mata aku murah untuk kau.


Aku tak pasti hipokrit kah aku ? Atau matang kah aku untuk berurusan dengan orang macam kalian. Aku rasakan aku matang. Kerana aku sudah boleh deal dengan perasaan aku. Kau aku pikir masih belum matang. Setuju ? Asalkan kau tau, aku sudah lama memaafkan perempuan cantik itu. Aku tak simpan dendam , jauh sekali benci pada perempuan cantik itu. Bukan salah dia bila tuhan kurniakan dia paras dan peribadi menawan yang bisa buat kau goyang. Aku tak ingin menjadi orang yang buat air mata seorang perempuan cantik mengalir. Lalu aku maafkan dia. Nasihat aku, baliklah pada dia. Teman sejati kau. Jangan kau hancurkn persahabatan kerana cinta yang belum pasti penghujungnya.


Aku ? Aku akan setia nantikan kau di sini, dengan senyuman. Berbaiklah, agar tenang hati aku. Sakit aku, perit aku jangan kau peduli kerana akan terubat juga ditelan masa. Aku pilih untuk menjadi hipokrit agar dapat disesuaikan dengan persekitaran kita.


Aku pilih hipokrasi, kerana aku ingin lihat bulan dengan kau.

Saturday, April 16, 2011

Kau lari aku kejar.

Final. Lagi berapa hari ja lagi. Aku tak tau kenapa, aku semacam tak punya kesedaran yang final tu kat simpang jalan sana ja tunggu aku datang menyapa. Aku tau aku tak hebat dalam akaun. Aku tak pernah belajar apa jadah akaun ni. Aku tau aku lemah. Quiz tak pernah dapat markah penuh pon tapi masih lagi aku kat sini, menaip untuk entry sia sia. Bukankah lagi molek kalau aku ambik buku dan selak untuk exam  ?


Faktor berada di rumah mungkin yang buat aku malas macam ni. Salah kau lah ni kan rumah. 


Maka dengan ini aku berjanji, balik kolej petang ni aku akan berdating dengan perpustakaan. Ya, library. Its gonna be just between the two of us. You. And me. Alone.


Kau pilih, nak dapat slip keputusan dengan rasa pandai atau rasa bodoh ? Nak rasa puas atau rasa 'soalan senang ja, entah kenapa aku blank '. Kau nak mana ? Kau pilih.


Kau nak pakai BMW ke nak pakai kereta kuda dah besar nanti ? Kau nak pakai bag LV ke bag recycle ? Kau nak Jimmy Choo atau nak cap tah hape hape ? Kau nak tengok mama papa senyum bahagia atau senyum sebab nak jaga hati kau bila dapat result nanti ? Kau bagi tau aku . Sekarang kita kat bawah, papa sakit, bila bila masa boleh sakit lagi. Kau suka tengok papa masuk wad, wayar selirat sana sini, bunyi machine haram tu yang buat jantung kau berdegup lagu tak tentu arah. Kau suka ? Mungkin kau boleh hadiahkan papa dengan keputusan yang memberangsangkan ? Mama kata , tolonglah graduate cepat. Awak dalam program fast track, tahun depan dah graduate. Tolong bagi papa tengok awak dengan scroll ijazah awak tu. Kalau papa nak pergi pon, papa boleh pergi dengan tenang.


Ya Allah, aku memohon padamu Ya Allah, bantulah aku, kuatkan lah hambamu ini Ya Allah. Amin. 


Papa, papa kuatkan ? Papa tunggu Ruehl graduate dulu okay ? Mama, Ruehl takkan kecewakan mama lagi. Ruehl dah janji berhenti matrik sebab nak mulakan yang baru. You can take my words. I love you guys.


3 pointer, awak tunggu saya. Awak boleh lari,saya kejar. Saya kuat lari, saya boleh naik kuda. Lari lah, saya kejar dan takkan lepaskan awak.






Friday, April 15, 2011

Maka saya bukan junior lagi (:


Hari ni hari jumaat. Kenapa dengan hari jumaat ? Haha hari jumaat adalah hari terakhir kuliah dalam setiap minggu dan untuk kali ni, kuliah terakhir untuk semester ni. Acahhcahh awak awak kita dah bukan junior lagi dah. Hihi*muka bangga. Okay sedih pulak sebab dah habis semester satu rupanya. Tak terasa pon ? Mana nak rasa kalau kau suka ponteng kuliah kan ? Kantoi disitu.




Hari ni punya kuliah kami buat kuliah movie ! Thanks to madam Sorfina yang sangat sporting (: Love you maam ! Semalam zy,rom aku dan fazrin went to bukit jelutong. Order fkc, and cakes from secret recipe. We ordered choclate indulgance which is a must and pecan butterscotch. Nice one.

Tempting kan ?

Mampu ?

Haha bapaklah ber lagak kan. Anyways zy, leah and i was the one responsible for the foods. Oh wait rasanya kitaorang yang responsible for everything kot. Entah ? So this morning Fazrin bagi pinjam kereta . Hooray thanks Fazrin you rock !*bodek. So these are some random pictures kitaorang snap during the journey.
Zaaba hot

Ignore the hair

Okay hi kereta. Yayah cepat mana kunci ?

Tite tomey kan. Ihik. -__-




Oh hi kereta yang sebenar. Bukan BM. Kancil. Comel !
So vroom vroom hi bukit jelutong. Oh btw, dalam perjalanan kat roundabout time yayah nak bagi signal, kereta almost terbalik weh ! Haha okay melampau but time tu sumpah menakutkan.

Shocked. Baby kancil awak okay kan ?

And thengggggg kayepsi cam haram. Waited for more than half an hour . Haram :/. Im kinda pissed off so you guys watch out aku nak buat aduan pengguna ! Mampos kauu padan muka. Dont mess with us kl people okay. Kerja tu biarlah ikhlas sikit. Rugi ke  kau kalau lempar senyum sikit ? Rugi ? Dah tu bila manager kau nak tolong aku, kau boleh pulak sindir dia cakap takyah nak baik sangat apahal ? Ni lah manusia kn. Pantang tengok orang senang sikit. Okay habis cerita pasal kau. Kau tunggu nama kau naik esok ja okay ?




Me pissed off.




Sampai puncak, adik adik semua tolong angkatt barang . Hihi. Korang somel. Adik adik, aku just nak cakap dekat korang, kat sini jaga diri baik baik. Sini bukan macam mrsm. And aku tau ada antara korang yang taknak ambik better offer yang korang dapat sebab kata kat sini best. Dik, awak tak rasa hidup lagi. Takda apa yang best kat sini. Kalau korang rasa sini bebas, boleh keluar sesuka hati, aku tak tau nak cakap apa. But, jaga diri baik baik. Hidup masih panjang. And korang yang pandai pandai kalau dapat offer yang lagi baik korang pegilh. Jangan sempitkan otak semata mata sebab kebebasan. Sorry kalau selama kita satu class, aku ada tergurau kasar . Ya lh, aku kan memekak en. Tambah zy tu lagi memang tak lah.


Ohhh ohhh nyways class AC110 1C ni dipenuhi artis tau. Haha serious, no joking moking .
                         1. Gary Andrew : Justin Bieber (He's Bieber's numbr one fan.Me likey                  bieber too)
                                2. Leah Abigail : Angelina Jolie ( She got sexay pouty lips)
                         3. Ruehl Athia : Katy Perry ( Obviously because of my hair )
                         4. Lokman Rom : Cristino Ronaldo( Ada ghoman i think )
                         5. Irfiruddin : Bruno Mars ( Suka sangat kat BM kn)
                         6. Mohd Fazrin : Hugo Boss( Sebab dia bos.  Bukan artis,terlari tajuk )


Leah Jolie. Look at those sexy lips. Now you know.

Gary Bieber. Handsome ? I know.*ignore the existance of ugly betty wearing kurung.

Lokman and Bruno. Sweet like candy <3

Meet Katy Perry and Mr.Boss.

Monday, April 11, 2011

Persahabatan. Pilihan . Perpisahan.

Persahabatan. Sesuatu yang bagi aku sangat indah dalam hidup ini. Manusia datang dan pergi tapi sahabat sejati yang akan sentiasa kekal di sisi. Aku seorang yang sangat pentingkan persahabatan. Bagi aku persahabatan tu takda tolok tandingannya. Semua punya sahabat begitu juga aku. Aku sanggup korbankan kepentingan aku untuk sahabat aku. Ya, aku memang begitu. Aku punya seorang sahabat yang bagi aku sangat istimewa. Bukan yang lain tak istimewa bagi aku tapi yang seorang ini, sangat setia di sisi aku tak kira hujan atau panas. Ikhtishar Ismail. Jejaka tinggi lampai, berbadan sasa dan tampan. Dia aku kira sempurna dari banyak segi. Namun dia seorang yang sangat merendah diri. Humble. Sangat humble. Tak pernah dia cakap besar depan aku. Semuanyya rendah rendah belaka. Aku selesa berkawan dengan kau. Aku tau kau selalu pening melayan kerenah aku tapi kau hebat sebab kuat melayan kerenah aku yang bermacam ni. Kau layan kan kekepohan aku, kau layankan kebodohan aku dalam pelajaran. Kau korbankan masa kau untuk beri aku yang senget dalam kimia ini tutoran. Terima kasih pada kau, aku dapat B dalam kimia untuk PSPM. Aku bangga dengan B aku sebab sebelum ni aku selalu dapat D dalam kimia matrikulasi. Bodoh bukan ? Aku tau kau banyak lagi pelajaran yang kau nak cover untuk exam, tapi kau korbankn untuk aku. Aku tau kau letih ajar aku yang terlebih bijak nih. Maaf :( Kau tak pernah hampakan aku. Kau sentiasa ada untuk aku. Saat aku lemah, jatuh tersungkur, kau yang hulurkan tangan pada aku. Kau bantu aku bangkit, hadapi dunia. Kata semangat kau bisikkan ke telinga aku. Maafkan aku kalau aku tak dapat nak jadi sahabat terbaik untuk kau. Aku tau, walau sakit perit macam mana pon, kau tetap akan berusaha untuk buat aku senyum walau kau terpaksa tahan luka. Kau memang sahabat sejati.




Ikhtishar Ismail 






Pilihan. Aku paling tak gemar jika aku disuruh membuat pilihan. Aku bukan seorang yang suka berfikir. Apa yang aku suka, aku buat tanpa fikir akibat. Dan tindakan itu memakan diri. Aku tau tu. Izzati. Si ikan bilis aku. Suka suruh aku buat pilihan. Dan bila aku jawab aku tak tau, dia akan tarik mka, tinggi suara sambil jerit pada aku 'KAU BOLEH TAK BUAT KEPUTUSAN ? AKU PENATLAH ASYIK BUAT KEPUTUSAN !' haha sorry dik aku malas nak pikir. Aku takut buat keputusan. Takut kalau keputusan yang aku buat akan membuat aku kehilangan apa yang aku ada. Baikkah pilihan yang aku buat ? Elokkah ? Molekkah ? Bahagia kah aku dengan pilihan yang bakal aku buat ? Yang penting, aku tak suka jika disuruh buat pilihan antara satu. Aku benci.Aku tamak. Aku taknak hilang apa yang aku ada, and aku taknak hilang apa yang bakal aku ada. Itu aku. Sila faham.




Perpisahan. Kalau kau tanya apa yang paling aku benci dalam hidup ni adalah perpisahan. Sakit. Ya, perpisahan menyakitkan. Tapi setiap pertemuan ada perpisahan. Suka atau tidak, you have to bear with it. Itu karma hidup.







Aku rasa aku punya hak untuk mempunyai sahabat sejati, aku punya hak untuk tidak membuat keputusan dan aku punya hak untuk katakan tidak pada perpisahan yang aku rasa tidak diperlukan. Hak asasi manusia yang membolehkan. Kalau kau tak puas hati, salahkan hak asasi manusia. Jangan salahkan aku.


*Maaf kalau kau terasa dengan entry aku. Aku tak punya idea lain untuk berurusan dengan orang yang autokratik macam kau. Mungkin kau perlu tau, ada batas dan perbezaan antara sahabat dan kekasih. Aku tau batas aku. Sahabat aku juga tau. Cuma kau yang paranoid tak tentu hala.Cuba faham dan salam tangan aku. Kalau tak mampu, pulangkan kunci hati aku. Terima Kasih.






Sunday, April 10, 2011

Syukran.

Allah is so amazing. He forgives us so much and gives us so much. I know there are times when i'll forget to thank Him for something but right now i just want to say
                  


                             Syukran Ya Allah :'(

Tuesday, April 5, 2011

Perempuan memang macam gitu.

Perempuan. Aku rasa perempuan ini sangat kompleks. Perempuan pentingkan kesempurnaan. Kan ? Perfectionist kalau dalam bahasa penjajah. Perempuan bagi aku punya perasaan yang lebih kompleks dari semua molekul yang wujud dalam dunia ni. Contoh , perempuan kalau nak keluar, kebanyakannya aambik masa yang lama untuk bersiap. Sedangkan nak pegi lepak mamak ja pon. Nak pikir pakai baju apa, matching dengan seluar apa, tudung kaler apa, bag macam mana yang sesuai. Fuhh, mamak ja pon kot. Tapi hakikatnya tu lah perempuan kan.Nak siap pon ambik masa lama sampai meleleh ai liuq teman lelaki, jantan,suami, ayah,abah, papa, abi nak tunggu sebab tertidur.


Sebab makhluk kompleks yang Allah cipta ni terlampau kompleks lah, kadang kadang kita jadi tak faham dengan insan nama perempuan ni. Kadang bukan kaum adam ja yang tak faham dengan kaum hawa tapi kaum sejenis pon tak faham dengan kerenah kaum sendiri. Perempuan kebanyakannya berhati sensitif. Sensitif yang aku maksudkan, perempuan cepat dapat 'makan' suasana sekitarnya. Perempuan senang sedar kalau atmosfera tu boleh ngam atau tak dengan empunya badan.


Perempuan jugak cepat terasa. Bukan nak kata perempuan suka tacing tapi cepat sentap. Sama maksud ke ? Kaum yang berlawan pulak jenis yang pakai redah ja, so memang perfect lah kan. Contoh dalam satu situasi :
Lelaki satu : Kau dapat berapa SPM ?
Lelaki dua : Dia straight A's bodoo
Perempuan : Aku straight :))
Lelaki satu : Lahhh straight ke? Muka macam bodoh ja.
Perempuan : Bapak ahhhh -__-
Okay si lelaki kau ni ada hotak ke tak ? Yang si lelaki dengan muka takda perasaan cakap macam tu tanpa memikirkan si perempuan tu ada hati atau tak . Atau mungkin si lelaki anggap perempuan cuma ada limpa ? Mungkin.


Yang sesetengah perempuan pulak , kadang kadang terlampau terdesak akan perhatian. Nak sangat ada kat tengah spotlight. Tak silau ke mata kat bawah spotlight? Tak takut rabun silau nanti ? Yang dah muka cantik , malas lah aku nak cakap kan. Cantik tu memang lah cantik tapi perangai ? Muka cantik tapi perangai macam haram untung apa? Acu citerr. Entah lah. Perempuan yang dapat attention lebih sikit ja mesti nak dikaitkan dengan hot. Ramai lelaki kirim salam ja mesti nak cakap 'hot weh kau ni'. Gambar kat facebook ramai like sikit ja 'eh hot doh kau'. Bak kata seseorang, hot doh, hot doh, hodoh juga lama lama. Perempuan. Terlalu ingin menjadi HOT. Sampai kadang kadang sanggup buat benda yang menjelekkan sebab nak berada di tengah spotlight. Kadang kita sibuk fikir sapa lebih cantik, sapa lebih comel, sapa lebih bergaya. Nak sangat pujian. Pujian yang belum tentu fakta atau auta. Dasar perempuan kan.


Semua orang ada hidup sendiri. Kita berhak macam mana kita nak tentukan hidup kita. Kadang, aku lemas dengan orang yang hipokrit. Yang pakai selimut untuk sembunyikan rahsia. Okay , sorry kalau kasar tapi apa guna kalau pakai tudung tapi hati tak bertudung ? Apa guna bertudung tapi hati busuk, sibuk nak jatuhkan orang, sibuk bawak cerita sinetron pasal orang jaja pada manusia lain? Kau sibuk jaja ceritta orang apa kau dapat? Kau hanya menyemakkan pikiran kau. Apa guna? Apa simbol kain pada kepala kau tu ? Hmm ? Aku pon bukan baik sangat, sempurna jauh sekali tapi aku rasa pikiran aku lagi waras dari pikiran kau orang yang tutup kepala. Tak payah nak sibuk tanya aku bila  nak pakai tudung sebab aku akan pakai jugak suatu hari cuma aku dalam proses untuk belajar. Ya, belajar perlahan lahan supaya aku boleh jadi yang baik, bukan terbaik sebab aku tau aku takkan mampu. Aku manusia biasa. 


Perempuan cepat beremosi. Bila perempuan beremosi, sang lelaki akan kata ' Period eh ?' Wehh derr, what makes  you think perempuan beremosi bila period ? Kalau tak period, tak emosi lah ? Jadah -__-.  Perempuan beremosi bila ada sesuatu yang tak kena. Bila ada sesuatu  yang yang tak kena, kau silalah faham. Kalau kau rasa kau boleh faham perempuan, bagus. Aku suka kau . Jom kawan dengan aku *sambil hulur tangan.


Aku nak jadi perempuan macam ni. Tinggi, badan cantik, suara sedap, baik hati.  Berangan bolehlahhh -__-

Saturday, April 2, 2011

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ..


I went to my beloved college last week ! Hooray dah lama nak pegi wehh. Dah sebulan rancang dengan Athirah Shamsulkamal but ada ja event kat kolej ni. Menyirap tahu ? Wake up at 7 sebab konon plan nak tunggu bas pukul 8, and guess what pukul 915 baru bas datang -__-.Takpe bas, saya memang suka tunggu awak lama lama. Lagi lama lagi saya suka. Tunggu 2 3 jam pun takpa, mak tak kisah. -_- Paling tak kisah lah kan. So disebabkan aku dengan Tirot memang pakar bab jalan ni, kitaorang tak dapat nak decide nak naik Ktm atau bas. Haaa tak suka. Last last naik Ktm yang padat macam tin sardin tu. Haish sabar ja lah kan. 




Arrived at Kmns around 130 and headed straight away to kafe a. Sumpah sampai ja sana nampak Eyza terus cam Weeeeehhhh rinduuuuuuu*volume yang sumpah kuat macam kat club. Ehhheh penah pulak kau pegi club? Harharhar. Sumpah rindu gila kat Eyza :'( . Kawan sekatil sebantal setowel aku. Kat sana dolu dolu aku dengan Eyza lah orang paling lambat bangun kat aras tuh. Class pukul 730 tapi bangun pukul 7. Kuliah pulak jauh sebatu. Yang kau pulak Eyza memang cepat sangat lah pulak kan siap. Haha berjanggut aku tunggu kau siap tau. Aku sedih, sebab dulu kau yang selalu teman aku pegi mana mana. Kau yang selalu dengar cerita lara aku . Kan? Sobs. Kau ingat tak malam yang aku ada kuliah ganti maths tu aku pergi osc dengan Nina, then aku nampak ehem dengan ehem tengah 'date' ? Sumpah aku cam nak pengsan rasa then aku tau aku takkan kuat tanpa au so aku call kau. Nasib baik kau kat tutorial, kau teus datang jumpa aku and aku pun dengan pantasnya basahkan baju kau dengan air mata aku. Ingat tak ? Sumpah sedih . Sobs :'( Kau yang pujuk aku, kau yang suruh aku kuat, kau yang sentiasa ada dengan aku dengar luahan hati aku. Sumpah aku sayang kau weh !


Aku mintak maaf sebab tak pegang pada janji kita. Aku tau kita dah janji nak stay matrik sama sama kalau keluar pun keluar sama sama tapi aku mintak maaf. Aku tak rasa aku mampu. Aku dah cuba tapi makin lama aku rasa makin susah nak bawak biology. Sorry kawan :'( Aku tau kau sedih time aku keluar, aku tau malam tu kau benci tengok aku kemas barang. Aku mintak maaf sebab kau ponteng kuliah kau semata mata nak tengok aku pergi. Aku mintak maaf tak dapat tidur sebelah kau, tak dapat peluk kau time tidur, tak dapat teman kau pegi kopsa, teman kau mandi lambat, teman kau pegi C4 tiap kali tak ada air tak dapat teman kau makan maggi, minum air nescafe untuk stay up. Aku mintak maaf. Aku tau kau sayang aku and aku juagk sayang kau.




Aku rindu kau, aku tau kau pun rindu aku sebab tu kita tak segan silu peluk depan orang ramai kan. Haha memang muka tembok gila kan weh. Haha then lepak kat kafe, makan dengan akmal, choy, rawe. Choy oh choy, kawan baik saya kenapa awak dah lain? Dah tak banyak cakap? Tak warm up lagi eh ? Haha, tiba tiba ada orang pegang bahu aku, pusing punya pusing rupanya Nina Jailizia (; gepren aku tuuuuuu. Aku tau lah kau rindu kat aku Nina oii tapi kalau ye pun kaber lah sikit air mata tu. Buka main lagi air mata dia bergenang kan . Haha.




Aku mintak maaf aku datang kmns aku buat korang tak belajar. Sepanjang aku kat sana sikit pun Eyza tak sentuh buku. Amboi bukan main lagi kau kan PSPM nak dekat tawu? Tawu ? Acahhcahh comel lah tu? Alolo tomey tomey gewdiknyeeerr haha.Okay dah. Aku rasa sejak balik from kafe, sampai lh jalan balik bilik, sampailah dalam bilik sampailah malam kita non stop borak kan? Bapak la mulut murai gila.  Yang aku tensennya malam tu pegi makan kat kafe c memang semua orang pandang aku macam tak pernah pandang manusia lah kan. Aku manusia oke. So mata tu takyah nak terbeliak sangat lah kot. Or mebi sebab aku ada iras Katy Perry kot korang punya mata terbeliak 




Kiri aku, kanan Kety Perry

Kan ? Sebab rambut aku camni lah korang pandang aku tak kelip kelip kan? Aku dah agak dah. Korang sumpah aku seronok gilak kat sana, dinner dengan korang, pusing satu kmns dengan korang, jumpa orang sana sini, makan aiskrim lepak tepi kopsa, gosip sana sini. Haish, windu gilewww kahkah. Rasa macam artis pung ada bila jalan ja ramai orang tegur kan sampai orang tak pernah kenal pun nak tegur saya awww awww maluu. Haha. Anyways, i had so much fun with you guys. Sumpah aku sayang korang.




Kety Perry ecehhcehh haha ini Eyza




Lunch before balik :'( sobs


Roomates. Mila, Wan, Kety Perry, Eyza. Kahkah

Terima kasih teman. Sorry Fatin, Biha, Nina dan lain lain sebab gambar takda. Hilang :'( Goodluck for PSPM, make sure dapat 4flat okay. Nina, jangan gembeng sangat okay, rumah kita dekat ja kau nangis time aku nak balik mengalahkan rumah kita jauh ja.Lek lu derr.Korang, hidup kita masih panjang, kuatkan diri, jangan mudah putus asa. Jangan jadi macam aku. Orang yang kuat mengalah.


Ilapchuuu girlfriends <3