Friday, May 27, 2011

Kalau lah.

Lately, banyak benda yang menganggu fikiran. Yang bikin otak aku sempit, yang bikin hati aku sakit, yang bikin aku rasa susah nak bernafas. Aku cuma nak hidup yang aku rasa tenang. Yang tak rumit. Yang smooth. Bila aku rasa dah hampir lancar kereta yang aku pandu, ada jaa selit masalah burung berak kat cermin lah, terlanggar kambing lah. Dalam kata lain, ada ja yang nak buat taik. Yang nak ganggu ketenteraman jiwa aku. 


Hidup, mahu kau itu apa ?


Kalau lah . Banyak sangat kalau dalam hidup aku ni.

Kalaulah aku stay dekat ttj, mesti aku bijak bestari sekarang. Tak ada lah orang nak senang panggil aku bodoh.

Kalau lah aku stay dekat matrik, mesti aku tengah syiok bercuti sekarang.
Kalau lah aku tak reply mesej budak tu, mesti aku rileks forever alone sekarang. Forever alone pon at least hati gumbira sentiasa.
Kalau lah aku tak terima bungkusan plastik merah tu, mesti hati lelaki tu tak sakit dek aku. Mesti lelaki tu tak payah nak bazir masa dengar bebelan , celoteh, raungan aku malam tu.

Kalau lah akuu tak dengar fitnah orang, mesti tak sakitt hati perempuan cantik tu.

Kalaulah aku fokus study, mesti aku dapat 4.00 flat.

Kalau lah aku masuk class lain, mesti aku tak kenal kau.

Kalau lah aku tak kenal kau, mesti aku tak belajar makan nasi goreng kampung dengan sambal belacan.

Kalau lah aku tak lepak dengan kau, mesti aku tak reti minum teh tarik kurang manis.

Kalau lah aku duduk senyap dalam class, mesti aku tak join kepoh kau.

Kalau lah aku tak baik dengan kau, mesti aku tak tau angry bird tu apa.

Kalau lah aku tak study dengan kau, mestilah tak bazir duit beli pizza banyak banyak.

Kalau lah kau tak buat apa yang tak patut kau buat, mesti aku tengah berborak dengan kau.

 Kalau lah kau mintak maaf, tunggu aku reply, mesti balik Puncak ni aku boleh bawak kau lepak Tutti Frutti macam yang kau selalu nak. 

Kalau lah kau merendah diri walau kau bijak, mesti balik ni kita pergi tengok Nur Kasih macam yang kau ajak.

Kalau lah semua ni tak jadi, mesti aku tak sabar nak jumpa kau kat Puncak.

Kalau lah. Semuanya kalau.
Malang, masa tak boleh nak putar semula. Malang, terlajak kata tak boleh nak undur.
Aku dah puas dengan sakit hati. Aku tak tau mahu hidup itu apa sama aku. Lantas, aku pilih untuk jaga hati aku. Aku pilih untuk jauhkan diri. Aku pilih untuk terus pandang ke depan. Aku pilih untuk sayang orang yang sayang sama aku, yang hargai adanya aku.
Aku pilih untuk buang orang macam kau, macam dia dari hidup aku.

Mudahan tenang hidup aku.

Monday, May 23, 2011









Sometimes things don't happen the way we want it.But after the pain, failure and disappointment, we become stronger .





#nowplaying Unbeautiful - Lesley Roy 

Saturday, May 21, 2011

Day Seven - Four Turn Off.

Day seven oledi ? Waa how fast. Four turn off would beeeeeeeee....

Orang yang makan berbunyi  Its weird, and gross and yuckssss ! Geli weh. Major turn off. I wonder, dorang tak rasa geli ke ? Yela sometimes kalau kunyah kacang or crunchy  thingy memang lah berbunyi but now yang jenis kunyah dah lah bukak mulut segala dah tu chap chap chap bunyi ! Macam kambing. Maaf. Tapi sejak kecik ayah aku dah ajar, makan tutup mulut, kunyah jangan berbunyi. First first dulu kunyah bukak mulut kena tepuk weh mulut gua. Apadehal.


Lelaki yang suka cakap besar Memang undang penampar ai jaa kalau kau ni suka cakap besar. Dangg ! Cecuba rendah diri, cakap kecik*wujud pulak cakap kecik. Kan tuweeeet jaa. Shomel ja kalau rendah diri. Ni tak, nak cakap besar je manjang. Bapak aku pakai mercedes, nenek aku datin blabla. Bapak aku bawak rakit aku lek jaaa. Cecuba cakap rendah diri nanti kita mesti suka awak, ihik.

Orang yang suka tinggi suara kat kita Ni lagi satuuuuu, kita ni hati baik, kita sensitip tau awww awww. Tak, serious aku sensitif. Aku hati kecik ja bak semut. Pijak mati. Sekali kena jerkah, mampuih aku meleleh air mata. And bila sekali aku dah kena jerit dengan kau, aku akan berubah. Aku akn takot nak luahkan apa perasaan aku. So kiranya end up ai akan simpan semuaaa dalam hati ai, lama lama ai makan hati. Hmmm

Perempuan yang suka ditertawakan Maksud aku kat sini, perempuan yang suka buat benda bodoh. Yang tak masuk dek akai. Akal letak kat lutut, lutut letak kat akal. Hmm bukan apa, contoh la kan, perempuan yang badan saiz XL tapi pakai baju saiz S. Apakeeeee awak ni. Kita malas nak komen, cukuplah awak tau, lelaki bukan suka tengok boyot sana sini, mampus dia buat bahan lawak ada lah. Hmm, lagi satu perempuan yang cakap tak serupa bikin. Contoh, pakai tudung*sensitif sikit, maaf. Pakai tudung, tapi baju lengan pendek . Apakeeeee. Tak pon, pakai tudung, tapi pakai legging. Jadahnya awak ni ? Hmmm lagi satu, pakai tudung tapi peluk sakan dengan boipren. Kalau awak taknak pakai tudung, takyah pakai. Kesian nanti orang lain yang pakai tudung dapat nama buruk sekali. Okay ? (Y)

NOTAKAKI : Harini sumpah tak ada mood. Semua benda tak kena. Kalau taknak membesar boleh ? Nak kekal jadi kanak kanak takda benda banyak nak kena fikir, takda sapa nak sakitkan hati.  Hmm, penat lah camni. :|


                                                        #nowplaying Overboard - JB

Friday, May 20, 2011

Long distance relationship.




When you date someone far away, all you can do is talk. You talk for hours on end; getting to know each other more and more. That can also be the downfall for it, because all you can do is talk. You can’t hug, you can’t kiss and you can’t hold hands. But for all that matters, your relationship would be based on each other and nothing else. When you finally see each other, all those late nights talking turn into something else. When you’ve waited for something for so long and you finally have it, it feels good, heck it even feels amazing. The important thing that makes a long distance relationship work is the trust between the two. If there’s no trust, then it’s not going to last. Love really has no boundaries, it knows no gender, no age and no distance.   




                                                       p/s : Hold me tight and dont let go, will you.

Wednesday, May 18, 2011

Day Six - Five People Who Mean a Lot.

Five people who mean a lot (in no order whatsoever )

Hmm this is tough. Ramai kottt ? Nak kena list sikit jaaa ? Jadah --'. Hmm layan ja lah.

1. My parents , of course. Iloveyou mama, papa. 
2. Abang Rugby, obviously.
2. My girlfriends.
4. Opah. Always there for me, and kaching ! $@$ ok jahat.
5. Kawan baik saya, yang sibuk nak cari gepren tu. Sapa suruh banyak scandal, padan muka kau. Haha

Done ! Ini namanya malas. Bye

Super H.


I guess i've been posting too many entry bout this guy lately. And i am so sorry i just cant help it. You know when he's at the north pole and you're over here. You need to express it cause you can never ignore the butterflies in you stomach kan ?

I just miss him.
I miss the way he talk.
I miss the way he he laugh.
I miss the way he hold my hand.
I miss the way he look deep into my eyes.
I miss the way he smiled and stare at me while playing guitar singing a song for me.
I miss everything, every single thing about my Super H.

I guess you've been busy lately but i hope never a second passed by without me , crossing your mind. I always wonder are you going to stay with me for the rest of my life, or do you came into my life just as another short chapter in my story . I do hope you'll stay forever, in the last chapter of my life. You're the only one who can make me feel so good when i see my phone light up, and its a message from you. 
I've been in love with my Super H for 7 months, and the feeling grew stronger every single second.I mean it.

I got your back in whatever you're doing. Especially for you future.
Ya Allah do help him towards yor mercy. Amin.



p/s : do not puke please.

Tuesday, May 17, 2011

Mahu aku

Aku kira dalam setiap hubungan itu perlukan cermin. Yang dapat bagi refleksi pada diri.

Kau takkan tahu kalau penampilan kau molek atau tak, kalau kau tak rujuk pada cermin.

Kau takkan tahu gincu yang kau tonyoh pada bibir kemas atau tak, kalau kau tak rujuk pada cermin.

Jadi mahu aku jadi cermin pada kau, dan sebaliknya.

Agar aku tau molekkah aku .

Bisakah ?

p/s : pinky promise ?


Day Five - Six Things You Wish You'd Never Done

Quick post. There's many things that i wish that i'd never done but kalau difikirkan balik, past is past. We can never turn back time aite ? But, i think we have to look back in order to move foward kan ? Safety caution i guess ?

1. Main main masa form 3, bercinta bagai nak rak. Dah lah dak dak sekolah. Haish, last last PMR teruk. I only got 6A's. Its hard you know, when your parent put high expectation on you. And puppy love 4 tahun tu end macam tu jaaa. Wadehel. Bila pikir balik, eeeewww doh kau Ruehl. Harhar.

2. I wish i dont get  too carried away with my feelings though. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Sebab aku ikut hati dan rasa tanpa mengambil kira pikiran waras, setiap hari aku gayut kat public phone merempan rempan kat mak aku. Mama pleaseeee Ruehl taknak stay kat sekolah ni. Nak keluar, nak ambik bio, taknak duduk sekolah niiii. Teknik Tuanku Jaafar, maafkan eden. Sekolah kluster dan aku tak berfikir waras. Salahkan umur aku yang buat aku tak berfikir waras, jangan salahkan aku. Pon bolehhh.

3. I wish that evening , aku tak terlalu bersemangat nak buat latihan maths untuk Spm. Semua buku latihan dah habis and aku sangap nak buat maths so dalam hujan lebat aku pergi naik bas pergi kedai buku. Basah kuyup semata nak cari buku latihan*masa tu tak ada sapa pon kat rumah. Jade bus adalah driver terbaik. Dapat buku maths aku balik dengan basah kuyup. Malamnya, aku sakit kepala. Terlantar 3 hari demam, muntah and stuff. Ambik Sijil Pelajaran Malaysia dengan demam yang sangat panas. Time tu dah seminggu demam. Bawak pergi klinik doktor tak habis demam panas jaa ni. Seminggu ada 3 kali aku pergi

Every time pergi klinik doktor charge rm70 paling kurang. Bodoh lah kau ingat aku anak datuk ke. Aku anak mak okay-___- Datuk tu atuk aku. Dangg ! Kelaut dah kau ni. Back to business. And one day, after paper EST i think, balik rumah opah aku terus terbaring kat sofa. Kepala aku teenooteeenoo*bunyi ambulans. Tiba tiba pulak aku decide nak tidur dalam bilik sebab boleh terbongkang macam lelaki tidur kan. Aku berdiri dengan gagah, amek 6 langkah dan aku rasa dunia aku gelap. Bila aku sedar aku dah terbaring kat tepi meja makan sambil opah aku tepuk tepuk pipi aku sambil sebuk call mak aku. Yang aku dengar dia cakap 'Tana, Ruehl pengsan ke pitam ni mak tak tau, tadi dia jalan mak tanya nak pergi mana dia terus rebah, dah lama dah ni dia tak sedar'

As you guys can see, opah aku boleh buat multi tasking, tepuk pipi aku, kejutkan aku, sambil call pakai hemmmponn ! Hebat tak hebat ? Satu kelemahan dia, tak larat nak angkat aku yang gemuk gedempol ni. Hmm, sentap lah camni. So, pendekkan cerita rupanya aku kena demam denggi, and aku ambik SPM dalam wad. :'( Sedih tau, apa perasaan korang kalau korang ambik exam penting atas katil sambil kena injection dengan doctor every 5 hours sambil tangan korang ada drip. Acuciterrr... Tak cerita lagi tangan aku lebam sebab asyik kena inject. Yela, sakit ni boleh bawak mati kan, so kena pantau selalu. How i wishhhhh.....

3. How i wish aku tak keluar matrik. How i wish aku tak jadi orang yang cepat putus asa. Takpalah aku rasa sekarang aku kat landasan yang betul, mungkin. Moga tuhan sentiasa guide aku dalam kehidupan yang penuh fana ini. Melebih pulak.

4. How i wish aku tak jadi orang gila time sale. Sekarang poket aku rabak.Hmm

5. How i wish, aku tak sembur perfume kat bangla tu. Isk. Time tu cousin aku sebuk bebenor ajak aku pergi Sg.wang. Nak jalan jalan. Aku dah lah tak suka Sg wang sebab baju dia murah jadi aku akan borong banyak banyak. Note, kat sg wang selalunya tak boleh try. So baju tu nampak cantik ala korea gitu bila aku dah borong kat rumah nak terai, sumpah hodoh. Ye lah, orang cantik pakai apa pon cantik. Masalah sekarang untuk orang yang tak cantik macam aku ? Acane ? Akhirnya baju baju tu either mama or opah aku akan cakap 'eh ni boleh buat kain buruk ni.' -____- cantik sikit derr gua baru beli tu. Hmm point aku, time balik aku duduk dlam bas rapid, and thenggg ada bangla ni dalam luas luas ruang depan aku jugak dia nak berdiri lantas mengangkat ketiak yang harum. Bau dia, boleh buat mengucap. Di sebabkan hidung mahal aku, aku dengan selamba badak ambik perfume body shop aku dah semburkan ke udara , lebih kearah bangla tu. Habis semua nak pandang aku. Malooooo-__-

6. Aku rasa aku pass jaaaa. Takda benda kot. Haha malas sebenarnya

Hmmm done with Six Things You Wish You'd Never Done. Aku rasa kat atas aku ada cakap quick post tapi terlong pulak. Maaf. 

p/s : Happy thoughts. We're a mess, but we'll fix everything. Like we always do, kan ?

Monday, May 16, 2011

Day Four - Seven Things That Cross Your Mind A Lot.

Hmmmmmmmmmmmmmmmmm....
Seven things that cross my mind a lot.
Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..

1. Agak agak berapa lah pointer yang aku dapat ? Macam takkan sampai tiga ja. Ya lah, time paper maths pergi tengok movie, time paper economics terlajak tidur. Study chapter 1 dan 2 sahaja out of 9 chapter. Dah macam mana ni ? Mampuih.

2. Apa nak buat ? Apa nak buat ? Cuti yang sangat membosanggggkan gua.

3. I wonder, are you gonna stay with me till the end or maybe you're just another typical puppy  love story in my life. Hmm anyways thank you for loving me for who I am, and thank you sebab sabar dengan perangai ai. Hikhik

4. Hmm patut ke tak jadi stewardess, patut ke tak, patut ke tak.

5. Berapa tinggi aku ?

6. Selama ni tak pernah gaduh dengan kawan kenapa sejak kenal dengan kau tak habis gaduh ja ? Adakah aku terikut perangai tak matang kau ?

7. Bila nak pakai tudung ? Permanently. Hmm.


nota kaki : aku rindu tyong. cepatlah sukma, boleh kita berdating woohhhhhhooooo ! ok bye

Sunday, May 15, 2011

Hari mak nenek.

Hari ni. Ahad yang paling membosankan dalam hidup. Ahad yang sunyi. Ahad loser. Ahad mak nenek. Hmm, betullah. Harini mendung. Tak ada matahari. Matahari punya urusan lain mungkin. Aku harapkan bulan bintang temani aku. Tapi malang bulan bintang punya agenda tersendiri. Lalu tinggal aku sorang. Mungkin aku perlu bagi ruang. Mungkin.

Bangun pagi, aku sibukkan diri. Taknak biar medulla oblongata aku penuh dengan nama kau. Nanti sakit. Aku tak suka sakit. Aku tak suka makan ubat. Kau ja ubat yang aku suka sebab tak perlu nak telan. Tengok pon dah boleh buat baik sakit aku.

Basuh pinggan, mop lantai, sapu sampah, semua kerja aku bereskan. Pergi kedai, dalam hati takut nak jalan sebab sekarang sibuk kes psycho simbah asid. Dunia, tak mampu aku nak komen pasal kau. Aku rasa macam mak nenek hari ni. Kemas sana sini, pergi kedai pakai baju besar seluar senteng. Apa nak jadi tah. Balik rumah , decided to cook for lunch. Nak busykan diri kan. Masak nasi basuh beras sampai sepuluh kali. Mana tah pikiran aku melayang. Pergi matahari mungkin.

Semalam, aku teman dia. Walaupon line broadband macam haram. Aku redah ja. Janji dapat skype. Nanti kau sibuk dengan urusan kau mana aku nak tengok muka kau lagi. Aku suka bila kita borak hal diri. Tentang kau, tentang aku. Kau kongsi sama aku rahsia kau. Kisah hidup kau. Aku suka nak kenal sama kau. Aku teman kau packing barang kau. Tengok ja lah kau ke hulu ke hilir sana sini lipat baju. Bahagia. Sampai aku tertidur, skype masih on. Aku rasa dekat . Bahagia.

Disebabkan aku yang masak harini, aku rasa bersalah. Semua tak dapat makan sedap. Tapi ada yang kata aku boleh masak, rasa macam masakan nenek aku. Teheee, senyum jap. Aku rasa aku kena belajar. Improve my cooking. Hmm, wajib. Macam mana nak pandai masak kalau malas tolong. Bila masak sambal dah nak tutup api baru teringat tak masukkan air asam , gula bagai. Patut rasa macam ada yang tak kena. Hmmm tu lah bila orang tua tegur cakap ' cuba belajar masak, awak tu dah boleh kawin dah' bajet jawab ' Alaaa lama lagi, calon pon takda.' sedangkan tiap masa phone melekat kat tangan. Isk, tolonglah improve.

Hmm sebenarnya aku nak cakap aku rindu matahari, bulan sama bintang. Semua nak buat hal sendiri. Dan harini dengan bahaginya aku menaip pasal hari aku. Hmm bosan tak ada siapa nak tau. Cukup sampai sini.

p/s : Matahari, every moment spent away from you is a moment spent waiting to be with you again.
Terima kasih bawak aku pergi pd. Terima kasih mainkan lagu untuk aku kat tepi pantai. Terima kasih sibuk nak bawak aku tengok sunset. Kau romantis, baru aku sedar. Terima kasih untuk semua kenangan .


                                                           #now palying Remembering Sunday-All Time Low


Saturday, May 14, 2011

Terima kasih.

Tadi petang awan mendung, hujan lebat, guruh berdentum.
Aku takut, ada perasaan tak selamat aku rasa.

Tadi malam, hujan berhenti, bintang bersinar.
Lalu aku nampak cahaya matahari yang bersinar. 
Silau mata aku. 
Tapi aku suka, rasa hangat dan selamat.
Aku pon tak pasti macam mana boleh ada matahari  kala bulan bertugas.

Aku masih perlu kau terangi hari aku.
Aku masih perlukan haba kau untuk hangatkan aku.
Aku masih perlukan kau untuk punya aku.

Terima kasih matahari,
Terima kasih tuhan,
kurniakan matahari pada aku .



Day Three - Eight Ways to win your heart.

Taknak cakap pasal ni sebab rasa tak layak, ingat muka kau cantik sangat nak kena ada cara cara memasak hati kau pulak ? Haha okay dah.

Lelaki,  cukuplah kalau kau baik, jadi seorang yang memahami jiwa seorang perempuan. Sebab perempuan aku kira punya berjuta rasa dan kerenah yang susah manusia bernama lelaki nak faham. 

*aku mudah tertarik dengan lelaki yang bersukan, bonus lah kan. Demand jugak kau, gedik. Danggg ! Cara nak tawan hati aku, jejaka jersi nombor 20 tau rahsianya.

Friday, May 13, 2011

Congratulations !

Goodmorning people ! Hihi howya doing ?*bajet kat tibi pulak. Hope you people doing great.  And here i wanted to say 
                      CONGRATULATIONS SWEETHEART !

Heheh i woke up this morning, and so i check my phone as it is my usual routine, checking whether did my boo text me or not. He texted me cakap dia mintak maaf as he wont be able to see me today*dia ada game rugby kat asia jaya and dia nak bawak gua tapi screw maniac acidman i am gerawndeddddddddddddd, tak boleh keluar rumah, safety sake. Screw you maniac people -__- So supposedly habis game dia nak jumpa gua , dia nak singgah ampang, but as you guys can seee, he cant make it. Sedih, sedih. In other way round, im happy and so proud of him.

He got elected to join the Sukma team ! Hoyeah ! Go baby ! Okay enough.


Hello there mr rugby
Congratulations sweetie, hehe and the end of my mushiness :p








                                                                     #now playing Long Distance- Bruno Mars

Wednesday, May 11, 2011

Day Two - Nine things about yourself.

       'Maaf aku suka makan rojak jadi yang aku cakap pon dalam bahasa rojak pasembuq'

Ruehl Athia binti Hamidi  is the name given to me by my father and hell yeah i know its weird. And sepatutnya mak guwa nak bagi nama Ruhil. Peliks. Im not sure myself apa maksud Ruehl but ustazah guwa kata itu nama isteri Nabi Daud a.s . Benarkah ? Tapi tak ada lah eja camtu kan, mayne dia Ruwil or something liddat. And Athia means Pemberian :) Ngehehe and btw, bapak guwa nak bagi guwa nama Ruehl sebab itu nama bestfriend dia, orang german. Is it Germanist ? Germanian ? Gah ==' pandai ja kau reka kan. Dia kristian convert islam and died masa jadi sukarelawan :'( Sedih, sobs.

Am studying in UiTM Puncak Perdana, taking Fast Track Diploma in Accountancy. Homai, its hard. Never thought Accounting is this friggin hard. Dulu kat matrik selalu kalau budak akaun dapat 4.00 flat, mesti dorang cakap 'Eleyyy budak akaun ja ponggg' . Sekarang, hotak mu akaun ja pongg ! Susah tau ?

Sensitif.  Guwa rasa macam guwa orang paling sensitif dalam dunia ni. Guwa nampak gadang tapi hati kecik ja weh ! Lagi kecik dari semut  guwa dah ukur dah. Seriyesss. Kau marah lah aku, aku senyap tapi dada berombak tahan nangis. Kememeh bak kata mak aku. Bila kau nak kuat tah Runtel ?*nama manjewww kawan baik ite kaci ihikihik.

Suka makan. Yaaaa, aku suka makan. Aku suka mengunyah. Nyummm sodap nya jang ! Haha ok dah, ni isu sensitif nanti orang panggil aku gemok.

Pusat Rawatan Islam, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Itu tempat lahir aku, tempat mak aku susah paayh bertarung nyawa untuk keluarkan aku dari rahim dia pada 23 September 1992. Disebabkan aku banyak songeh, nakal dalam perut, tali pusat terbelit kat leher aku lantas aku lemas. Sebab nak selamatkan aku, aku dilahirkan melalui caesarian. Bedah, habis perut mama tak lawo :( Sorry ma.

Aku orang yang tak tetap, lalu aku punya banyak cita cita. Time baby baby dolu*melampau, time kecik sudah. Aku nak jadi pramugari sebab pramugari semua lawa lawa, tinggi lampai. Lepas tu, terpengaruh cerita korea yang aku selalu tengok dengan mama lepas mama balik keje, aku ubah nak jadi pembaca berita. Dalam report kad kaler hijau time sekolah remdah tu ada tulis cita cita aku nak jadi pembaca berita. Haha lawok. Ni semua gara gara cerita All About Eve, pasal pembaca berita. Cepat terpengaruh lah kau ==' Dah tu, tukar pulak nak jadi model sebab terpengaruh cerita American Next Top Model. Haiyoo. Poning lah ekau ni. Bila sekolah menengah, tengok semua orang ak jadi orang intelektual ja, aku pon tukar nak jadi doktor. Last last masuk akaun ni haaaa. Akauntan lah jawabnya.

Banyak cakap tapi tak banyak cakap. Acane tah ? Okok let me explain*bajet orang nak tau pasal kau pulak. Aku mulut macam bontot ayam, even mama tak kasi aku makan bontot ayam. Aku suka cakap, kalau aku cakap esok tak ada orang stop memang sampai tahun depan aku cakap non stop. Tapi bukan dengan semua orang. Aku tengok persekitaran. Kalau yang sama aku tu orang tongkek ayam, aku pon join the club la. Kalau tak, aku sengih sengih ja lah dengan orang yang pasif. Dan, aku cakap laju bak kata aunty aku, 'Ruehl cuba cakap slow sikit you cakap macam machine gun, laju bebenor.' Erk =='

Aku pemalas, suka menangguh. Haaaa, yang ni mama dah puas bebel kat aku, dah sembilanbelas tahun pon tak masok jugak. Maaf maaf.

Masih mencari. Bukan boipren, tapi aku masih mencari diri aku. Diri aku yang aku tak pasti masih main cak cak sama aku atau aku yang rabun tak nampak mana diri aku. Aku harap aku jumpa kau cepat, sebab aku letih.



                                                           #now playing Monoloque- Chinta





Jauh dan terus hilang.







Hati aku pedih, bila kau buat begitu.


Mahu aku , lihat kau bahagia berdamping sama matahari yang kau puja.


Ingin aku jadi kulit pada kacang yang takkan pernah dilupakan.


Silap aku kah bertanya pada kau tentang bahagia yang aku kira bisa buat kau tersenyum.
Pernah aku bilang, bahagia kau bahagia aku.
Salah aku kah terlebih perasaan ingin tahu bila orang memperkatakan kau sama si bunga itu ?
Kapan aku rasa aku ditolak kebelakang ditutup mata aku sama gebar agar aku tak bisa lihat apa yang terjadi .


Aku bahagia saat aku pikir kau jumpa bunga yang kau idam, lantas kau bunuh bahagia aku kapan kau pinta aku jauh bersama bahagia aku.
Aku rasa aku sudah bilang sama kau bahagia aku harus ada kau di dalam.
Kenapa harus bunga cantik itu yang buat hidup aku berantakan ? Atau silap aku kah ?


Lalu jauh aku pergi, dan terus hilang dari bayang itu.




                                                                               #nowplaying I'm gone by Jay Sean.



Monday, May 9, 2011

Day one

Ten different things you want to say to ten different people.

1. I'm sorry i know im a big dissapointment to you. I wont let you down anymore, iloveyou mama.
2. Bila kita nak rapat eh ?Macam peliks jewww.
3. Awak, tolong simpan kunci tu baik baik, kalau hilang pon make sure tak ada orang jumpa boleh ? Terima kasih awak.
4. Aku rindu kau, jumpa kat PD sekejap ja, tak sempat borak lamaa :(
5. Aku harap sangat kau satu tepat belajar dengan aku, biar kau boleh urut aku bila aku ngantok dalam kuliah macam selalu.
6. Kau kawan yang baik, aku hargai tapi jangan buat aku takut dengan sifat over protective kau terhadap aku boleh ? Aku takot, dah macam dalam cerita roomate pulok.
7. Terima kasih untuk bahu kau selama ni, aku hargai.
8. Kau bagi impak dalam hidup aku, dan aku jealous sama kau. Tapi aku rasa kau ni sebenarnya cakap ja lebih ? Gaya tak macam perempuan yang betul mithali pon ?
9. Kau cakap macam keling, buaya.
10.Kau boleh jadi perempuan intelektual kalau kena cara yang betul.

Tu ja lah kot, pakai bantai ja ni. Terima kasih.




#listening to price tag

Entry ni tak perlu dibaca sebab nanti kau muntah aku jiwang.

Terima kasih  awak <3
Indah. Bahagia. Itu jaa yang mampu aku ungkapkan untuk tiga hari lepas. Wajah itu, wajah yang aku kangan selama ni. Empat bulan berjauhan, sumpah hati aku bagai dirobek sebab rindukan kau. Ihik, gediks gituww. Terima kasih pada kau, terima kasih untuk bahagia yang kau beri pada aku :'). 
Asal kau tau, hati aku macam roket botol untuk physic fair waktu form five yang dipam dengan air, tinggal letup ja. Bila nampak kau dalam kereta tu, aku rasa macam picu roket botol yang dah ditarik terbang ke angkasa, melayang layang badan aku, kalau nak petik lagu Katy Perry :
                            ' Do you ever feel, like a plastic bag drifting to the wind'
Tu lah rasa hati aku waktu tu.Haha, berlagu puloks. Aku rindu senyuman kau, aku rindu tawa kau, aku rindu saat kau pegang erat tangan aku, pimpin aku waktu jalan tepi pantai, saat kau belai rambut aku. Alaaaaaa, rindu. Haha 


Maaf, aku tau aku susahkan kau. Aku tau aku banyak kerenah, aku tau aku gedik tak tahan panas lah bagai. Maaf aku selalu marah kau. Maaf, silap aku. Terima kasih faham aku, terima kasih kau layankan semua kerenah aku, kehendak aku, mahu aku. Terima kasih bagi aku pinjam baju kau, nanti jumpa lagi kita pulangkan balik eh sayang ? Hihi.


p/s : Kau, tersangat lah kacak, macho segala bila kau main basket. Aku cair. Rasa nak lari kat kau, cium sekejap then suruh sambung main basket. Danggggg ! Okay mimpi ja lah.




Rindu masa ni :')
*Kau beri bahagia dalam hidup aku. Aku harap kunci yang kau pegang hilang, biar tak sorang jumpa, biar kau kekal sama aku. Maaf, aku sayang kau HA <3

Challenge sepuluh hari.



itik hodoh dan loser kebosanan




Okays weng weng disebabkan kebosanan melampau yang melanda aku cuti ni, tambahan dengan mama tak bagi aku membanting tulang untuk sesuap nasi*bajet gila kau* aku decide untuk layan game sepuluh hari nih. Wehoooo, mudah mudahan tak bosangg yeh. Amin.


Day One - Ten things you want to say to different people
Day Two - Nine things about yourself
Day Three - Eight ways to win your heart
Day Four - Seven things that cross your mind a lot
Day Five - Six things you wish you'd never done
Day Six - Five people who mean a lot (in no order whatsoever)
Day Seven - Four turn offs
Day Eight - Three turn ons
Day Nine - Two smileys that describe your life right now
Day Ten - One confession

*Ohh rupanya follower aku dah bertambah, ihikihik trimas trimas walaupon blog aku bosan dah tak diupdate lama gilos yeee. 

#currently listening to The Perisher, Sway <3

Tuesday, May 3, 2011

What girls want.









Every girl wants to find the one she can be herself in front of the one she can say anything to and the one she can laugh smile and cry with.

Some one that she can’t stand a day without seeing or talking to because its in her daily routine.


Someone she can never get tired of.


Someone who just stays home with her and watch movies with all day, and talk on the phone for hours talking about everything or maybe even nothing. 


Someone that got her spending all day and all night staring at her phone, 
waiting for it to vibrate and light up with his name.


Someone that she fights with for hours, even days about something so stupid and pointless, but at the end of the day, she ALWAYS finds herself running back to


Someone that smiles when he sees her, hug her for no reason, talk to her without any conditions and love her for who she is.

She wants someone who will fight for her and won’t give up so easily.
 Not trying to be selfish, but she just wants someone to call hers.


* ini mahu aku sayang. Bisakah kau ?

I wanna be your rugby player.



I want to be your rugby player
Rugby player will hold the ball firmly
Will never let go the ball till he reach the goal
They will never let go the ball to their enemies
Same goes to me
I'll hold you and i'll always be with you
I'll never let you go to the wrong person
I'll protect you from bad person
I'll be with you till the end
I'll be with you till you success

*I had a fight with my boo. He texted me this poem. Boleh aku ngomong satu dunia aku sayang pada kau ? Iye, kau Hanif Adenan <3