Sunday, October 30, 2011

Imperfect me.





I woke up this morning with a text from him. K wait at first mama called, ' dah tengah hari ni bangun ! Matahari dah terpacak tak bangun bangun anak dara apa ni ' K standard lah tu kan mama opah semua pon ayat macamtu. Zzzzzz ni lah dunia sekarang, kejut anak pakai call ja. Teknologi di hujung jari ye dop. Mana pergi sentuhan ibu di pagi hari ni ma, mana mana ? Grrr emo. Then biasanya celik mata terus on laptop, check timeline. Then tengok mention, dia mention kata 'I ada text you something. Read it when you get up okay dear'. 


Capai bb, tengok message.


'Ruehl i just wanna say something. Iloveyousomuch sayang. And happy 100 days anniversary baby. I may look strong in person. But actually im not that good. And i admit i am very manja to the person i love. But what scared me the most is when i can't have your love sayang. But i know you love me with all your heart and i really appreciate it. Thanks for everything dear. Iloveyousomuch Ruehl. Thanks for loving me. Happy 100 days of love ! Mmmmmuuaahhh ! '


Happy 100 days anniversary. Happy 100 days anniversary. Happy 100 days anniversary. Berpuluh kali aku baca ayat tu. Happy 100 days of love. Dia kira. Selama ni dia kira. Hati aku tersentuh. Perkara kecik, dan dia peduli. Unlike me. Anniversary bulan ja yang aku peduli. Anniversary bulan ja yang aku terkira kira menunggu hari. Dan dia, hari ke 100 pon dia kira. 


Benda ni buat aku terfikir. Ya Allah betapa aku tak hargai apa yang aku ada selama ni. Bukan aku tak hargai. Aku hargai, tapi tak sepenuhnya. Buat aku fikir, betapa selama 100 hari ni dia sabar sama aku. Sama kerenah aku. Sama emosi aku. Sama ego menggunung aku. Sama kehendak aku. 


Apa aku nak dia turutkan. Apa aku nak makan dia bawakkan. Apa aku nak beli dia belikan. Apa aku suruh dia ikutkan. Emosi perempuan aku, ego menggunung aku semua dia sabar. Bila aku marah dia sabar. Bila aku tinggi suara dia lembutkan suara lelaki dia. Bila aku suruh jauh dia bilang dia ingin dekat sama aku. Bila aku lari dia kejar, lalu pegang aku erat. Jujur aku cakap, aku tak pernah jumpa lelaki sesabar dia.


Hidup, mahu kau itu apa lagi ? Tak. Aku silap. Aku silap tanyakan soalan macamtu.  Ruehl, mahu kau itu apa lagi ? Hati perempuan kau itu mahu apa lagi ? Ya, soalan ni yang tepat untuk aku. Mahu aku itu apa lagi ? Ya Allah betapa aku tak bersyukur, tak hargai apa yang aku ada selama ni. Aku bahagia sama dia, dan masih, aku ingin ambil tahu perkembangan si masa  silam itu. Pernah dia minta sama aku, tolong jangan punya satu perasaan pon untuk masa silam itu. Bahagia, sedih, gembira, marah. Tolong jangan ada sekelumit pon perasaan itu. Aku tak punya rasa marah lagi untuk masa silam itu, tapi gembira untuk lihat dia bahagia itu ada. Aku tak mampu nak elak rasa tu, sebab dia pernah jadi sebahagian dunia aku. Dunia yang aku harap kekal lama. Namun dia masa silam aku, yang sudah aku simpan kemas dalam ingatan aku. Tak ada rindu, tak ada kasih. Yang tinggal cuma memori.


Aku manusia biasa. Im just being human. Thats what i do. Aku cuma jalankan apa yang patut aku lakukan sebagai manusia. Flaws everyhere. Imperfection. Maaf kalau kadang kala aku bodoh. Maaf kalau kadang kala aku tak bisa gunakan otak aku dengan sebaiknya. Itu aku. Si manusia biasa yang banyak cacat cela. Aku cuba sedaya aku, untuk perbaiki diri aku.


Kau, yang sentiasa sabar sama aku, terima kasih. Air mata gembira aku untuk kau.


Selasa, lekaslah datang. Esok, lekaslah tiba. Lincahlah sikit. Aku kangan ni :p 



Tuesday, come faster please.

Thursday, October 27, 2011






Just love me day by day, you don't have to promise me forever.





p/s : thats what we said to each other, from the very first beginning, right ?

Sunday, October 23, 2011

Dan lagi



'Aku sayang kamu. Sepenuh hatiku. Setulus hatiku

Hari itu perempuan itu jatuh cinta lagi. Tuhan, kuatkan hati wanita aku. Acahcahhh HAHA :p

p/s : *muntah darah* :p

#3




Genap tiga purnama. Dan masih menghitung. Syukur .

Friday, October 21, 2011

Past.



Tiba tiba ingatan disapa lalu air mata perempuan itu jatuh berderai

Tuesday, October 18, 2011

gambar tak punya kaitan, tapi waktu ni lelaki tu ada  depan aku memekik dengan kawan rambut kerinting dia waktu tengok bola dekat stadium



Dah lebih sepuluh kali. Aku taip aku padam. Aku taip lagi dan padam lagi. Nak cerita pada siapa, aku nak luahkan. Tidur malam tadi, otak aku ligat putar kembali waktu bulan enam lepas. Nasihat aku, klik pangkah lekas. Aku nak bebel hari aku kenal sama dia. Nanti kau menyampah, jadi klik pangkah ayuh. 
Aku log in twitter, bukak follower request
"Bihaaaaa, dia request nak follow akuuu, lelaki yang tinggi tu kawan nik tu wehh"

Kata biha

"Mak aihh approve lah wehh."

Aku approve, lalu klik button follow dekat pfofile dia.
Berbalas satu dua tweet, yahoo messenger kata ada direct message dari twitter. Berborak pasal buku, tiba tiba 

"You're using blackberry kan ? Can i have your pin ? Easier i think."

Bila fikir balik apa yang easier nya ? Borak kat twitter udahlah ye dop. Kata ja ah nak ngorak ye dah haha ok tak. Lalu bbm sampai tertidur. Esoknya, ada orang ping. Dan

"Agak agak you nak tak lunch dengan I, I lapar tapi kat rumah takda orang. Boring makan sorg.

Dengan ramahnya aku bilang 

" You nak lunch kat mana, emmm tak kisah hehe *nampak tak keramahan aku yang tak berapa nak ramah ni tetiba. Dalam bahasa melayunya, GATAL.

"I dah dekat bawah blok you, kereta Myvi putih tau.

Aku yang gigil separuh badan turun, sampai bawah handphone bunyi
                                                     
                                     'Hi beautiful' kata penghantar bbm tu

Masuk kereta senyum malu malu cakap hi, nak makan mana. Lepastu masing masing senyap. Borak nak tak nak.

Pergi curve, dia jalan depan aku jalan belakang. Takut nak jalan sebelah. Mujur mulut dia becok sikit kalau tak mampus aku nak perah otak nak berbual apa. Dalam kereta nak balik, dia kata nak makan ice cream. Pergi bukit jelutong makan ice cream sambil berbual tengok bintang tiba tiba nik bbm dia kata nak keluar makan dengan biha. Terus aku kata nak ikut biha. Bila nik sampai bukit jelutong, biha bukak pintu kereta tarik aku bisik 

"Romantiknya dia tia, amboi tengok bintang ehhh" Aku senyum sipu ja. Malu katakan hiikhik 

Teman biha dengan nik minum dekat Pakli, dia nampak aku tak selesa asap rokok. Dia jauhkan kerusi dari aku. Biar tak kena asap dekat aku. Berbual empat orang, tiba tiba phone bunyi

"Tia, sukanya aku tengok kau senyum. Dah lama aku tak tengok kau senyum macamni. Kau nampak macam tengah happy sangat. Nak nangis aku tengok kau tia, rindu tengok kau senyum macamni. Senyum bahagia (: " - biha.

Balik kolej, aku senyum simpul sendiri dari saat dia kata selamat malam hingga sampai bilik. Sampai bilik habis potpet mulut aku cerita pada biha. Orang kata cepat kenal cepat putusnya. Aku tak tahu yang itu, yang aku tahu aku ikut arus yang ada.

Moganya, senyum bahagia ni kekal lama. Mudahan.

Saturday, October 15, 2011

Moves Like Fauzeegalla


I dedicated this song to my baby. Ihik you know you got the moves baby. #EhYeke

Cuba

Tuhan , terima kasih.


Yang dulunya menangis dalam gelap malam.
Yang dulunya mengharapkan mentari kembali terangi harinya.
Yang dulunya bermuka tembok harapkan yang hilang itu datang kembali.
Yang dulunya jadi perigi cari timba merayu rayu.
Yang dulunya inginkan cahaya terik mentari yang sudah tahu bisa demam jadinya jikalau tetap menunggu.


Lalu kini semua itu disimpan kemas dalam memori. Diletak tepi agar bisa jadi panduan.
Aku pilih untuk pandang depan, dan terus kedepan. Namun kadang kala aku toleh juga kebelakang, untuk pastikan bayang itu tidak mengekori aku. 


Kini yang ada hanyalah senyuman dalam gelap malam yang disinari cahaya bulan.




*'Aku sudah lepaskan kau, dan aku cuba lepaskan memori dan parut luka yang kau hadiahkan. Aku cuba.