Friday, May 27, 2011

Kalau lah.

Lately, banyak benda yang menganggu fikiran. Yang bikin otak aku sempit, yang bikin hati aku sakit, yang bikin aku rasa susah nak bernafas. Aku cuma nak hidup yang aku rasa tenang. Yang tak rumit. Yang smooth. Bila aku rasa dah hampir lancar kereta yang aku pandu, ada jaa selit masalah burung berak kat cermin lah, terlanggar kambing lah. Dalam kata lain, ada ja yang nak buat taik. Yang nak ganggu ketenteraman jiwa aku. 


Hidup, mahu kau itu apa ?


Kalau lah . Banyak sangat kalau dalam hidup aku ni.

Kalaulah aku stay dekat ttj, mesti aku bijak bestari sekarang. Tak ada lah orang nak senang panggil aku bodoh.

Kalau lah aku stay dekat matrik, mesti aku tengah syiok bercuti sekarang.
Kalau lah aku tak reply mesej budak tu, mesti aku rileks forever alone sekarang. Forever alone pon at least hati gumbira sentiasa.
Kalau lah aku tak terima bungkusan plastik merah tu, mesti hati lelaki tu tak sakit dek aku. Mesti lelaki tu tak payah nak bazir masa dengar bebelan , celoteh, raungan aku malam tu.

Kalau lah akuu tak dengar fitnah orang, mesti tak sakitt hati perempuan cantik tu.

Kalaulah aku fokus study, mesti aku dapat 4.00 flat.

Kalau lah aku masuk class lain, mesti aku tak kenal kau.

Kalau lah aku tak kenal kau, mesti aku tak belajar makan nasi goreng kampung dengan sambal belacan.

Kalau lah aku tak lepak dengan kau, mesti aku tak reti minum teh tarik kurang manis.

Kalau lah aku duduk senyap dalam class, mesti aku tak join kepoh kau.

Kalau lah aku tak baik dengan kau, mesti aku tak tau angry bird tu apa.

Kalau lah aku tak study dengan kau, mestilah tak bazir duit beli pizza banyak banyak.

Kalau lah kau tak buat apa yang tak patut kau buat, mesti aku tengah berborak dengan kau.

 Kalau lah kau mintak maaf, tunggu aku reply, mesti balik Puncak ni aku boleh bawak kau lepak Tutti Frutti macam yang kau selalu nak. 

Kalau lah kau merendah diri walau kau bijak, mesti balik ni kita pergi tengok Nur Kasih macam yang kau ajak.

Kalau lah semua ni tak jadi, mesti aku tak sabar nak jumpa kau kat Puncak.

Kalau lah. Semuanya kalau.
Malang, masa tak boleh nak putar semula. Malang, terlajak kata tak boleh nak undur.
Aku dah puas dengan sakit hati. Aku tak tau mahu hidup itu apa sama aku. Lantas, aku pilih untuk jaga hati aku. Aku pilih untuk jauhkan diri. Aku pilih untuk terus pandang ke depan. Aku pilih untuk sayang orang yang sayang sama aku, yang hargai adanya aku.
Aku pilih untuk buang orang macam kau, macam dia dari hidup aku.

Mudahan tenang hidup aku.