Sunday, April 24, 2011

Bila rasamu itu rasaku.



Senyum pada aku macam selalu
Maaf. Maaf seribu maaf aku pinta pada kau. Aku tak pasti apa yang mengganggu perasaan kau malam itu. Maaf, silap aku juga bicara dengan kau pada timing yang salah. Maaf sekali lagi. Telah aku ikat janji pada kau untuk jadi perempuan kuat. Perempuan keras. Namun, hanya satu  ayat kau telah buat getar pada hati perempuan aku. Lalu aku kalah. Kalah pada air mata.


Maaf, silap aku pada kau banyak. Dari pertama kali saat plastik tu bertukar tangan, banyak silap aku pada kau. Au tak nampak apa istimewa aku, namun kau buat aku rasa bagai aku saja yang wujud dalam dunia ni. Terima kasih. 


Pinta aku, ingat aku di sini. Ingat aku sentiasa ada untuk kau. Macam kau sentiasa ada untuk aku. Karma itu setan. Kerana buat aku rasa apa yang telah kau rasa. Padan muka aku. Sekali lagi, aku disini. Masalah kau, masalah aku. Bahagia kau, bahagia aku. Muram kau , tangis aku. Senyum kau, ketawa aku. Kongsi sama aku segalanya. Akan aku tadahkan telinga aku untk kau, akan aku pinjamkan bahu aku untuk kau. Seperti apa yang pernah kau buat pada aku.


Aku ada untuk kau disini untuk kau sahabat. Tanam ini dalam pikiran kau.

Aku kangan sama kau :'(

Aku perlu kau teman. Temani hari aku. Temani hari mendatang aku.


Aku pasti kau lain dari yang mana aku pernah kenal.


Kau bilang bila kau tak puas sama aku. Kau bilang bila aku salah. Kau bilang bila aku benar. Kau cermin aku. Kau tiup aku kata semangat bila aku butuhkannya. Kau pinjamkan aku bahu kau kapan aku perlu.


Aku kangan waktu aku dan kau bersama. Aku kangan gelak tawa kau. Aku kangan pekikan kau. Aku kangan haba tubuhmu waktu kau peluk aku. Aku kangan semua itu.


Sampai mati aku cinta kau, sahabat terbaik aku Nur Ezzah Syahirah Sabri :'( 


rindu :'( 

Friday, April 22, 2011

Hati itu.

Perempuan sama perasaan bisakah kau pisahkan ? Perempuan simbolik dengan air mata. Sama juga macam kaum adam yang simbolik sama ego.

Kau bilang gadis itu egois. Egois kah dia bila dia cuba pertahankan hak perempuannya ?

Kau bilang gadis itu pentingkan diri. Salahkah bila gadis itu ingin pertahankan hati perempuannya ?

Kau bilang gadis itu minah tangkap leleh. Salah dia kah bila tuhan kurniakan dia jiwa lembut ?

Kau bilang sama aku. 

Lalu gadis itu pilih untuk jadi keras hati, agar tak mudah tangkap leleh seperti kata kau. Mungkinkah kau bakal kata gadis itu gadis tak punya perasaan ? Berhati binatang ?

Mungkinkah ? Dengan kata kau, hilang sudah gadis itu. Hilang sudah minah tangkap leleh, hilang sudah gadis egois yang suka pertahankan hatinya. 

Maka lahir seorang perempuan, yang aku kira tak punya perasaan, tak punya air mata macam yang kau pinta. Ngomong lah kau satu dunia, dia diamkan saja. Asal kau puas.


*Maaf gadis itu emosi. Emosi terakhir gadis itu.

Thursday, April 21, 2011

Gadis itu si manusia biasa yang punya rasanya sendiri.

Asalkan kau tau. Gadis itu bukan egois. Gadis itu cuma ingin kau faham hendak hatinya bila dia bisa ikut hendak hati kau. 


Aku pinjam kata adik aku, dalam keras hati gadis itu ada lembutnya, jika kau pikir gadis itu kerap amarahnya, dalamnya masih sekuntum bunga.


Kerna gadis itu punya cerita sendiri, yang tak bisa kau ikut perkembangannya kerna kau terperangkap dalam kisah kau sendiri, kisah yang kau cipta dalam tangis gadis itu.


Gadis itu punya rasanya sendiri, yang aku pikir kau takkan pernah mengerti.


Kerna gadis itu cuma gadis biasa, tak sesempurna Aisyah, Balqis dan Zulaika.


Asalkan kau mengerti.

Wednesday, April 20, 2011

Kerana aku ingin lihat bulan dengan kau.



Hipokrasi. Wujudkah orang yang ingin menjadi hipokrit ? Aku berani potong jari tak siapa yang ingin menjadi hipokrit dalam hidup. Namun, dengan environment dunia, hipokrasi menjadi makanan ruji manusia. Kau terpaksa jadi hipokrit demi mencapai kehendak kau.


Kau tak boleh nak minta dunia sesuai kan persekitaran mengikut kehendak kau. Kau yang harus menyuaikan diri dengan persekitaran dunia.


Aku sakit. Aku lelah kapan aku lihat gambar mambar kau dengan perempuan cantik itu. Gambar kenangan tawa kau berdua waktu aku terjelepuk di atas lumpur yang kau cipta. Waktu kau ketawa hina pada aku kerana kau pilih ego. Kau terperangkap. Dalam sangkar egois yang kau bina. Aku. Aku pilih untuk jadi orang yang dicemuh kerana dambakan kau. Air mata aku murah untuk kau.


Aku tak pasti hipokrit kah aku ? Atau matang kah aku untuk berurusan dengan orang macam kalian. Aku rasakan aku matang. Kerana aku sudah boleh deal dengan perasaan aku. Kau aku pikir masih belum matang. Setuju ? Asalkan kau tau, aku sudah lama memaafkan perempuan cantik itu. Aku tak simpan dendam , jauh sekali benci pada perempuan cantik itu. Bukan salah dia bila tuhan kurniakan dia paras dan peribadi menawan yang bisa buat kau goyang. Aku tak ingin menjadi orang yang buat air mata seorang perempuan cantik mengalir. Lalu aku maafkan dia. Nasihat aku, baliklah pada dia. Teman sejati kau. Jangan kau hancurkn persahabatan kerana cinta yang belum pasti penghujungnya.


Aku ? Aku akan setia nantikan kau di sini, dengan senyuman. Berbaiklah, agar tenang hati aku. Sakit aku, perit aku jangan kau peduli kerana akan terubat juga ditelan masa. Aku pilih untuk menjadi hipokrit agar dapat disesuaikan dengan persekitaran kita.


Aku pilih hipokrasi, kerana aku ingin lihat bulan dengan kau.

Saturday, April 16, 2011

Kau lari aku kejar.

Final. Lagi berapa hari ja lagi. Aku tak tau kenapa, aku semacam tak punya kesedaran yang final tu kat simpang jalan sana ja tunggu aku datang menyapa. Aku tau aku tak hebat dalam akaun. Aku tak pernah belajar apa jadah akaun ni. Aku tau aku lemah. Quiz tak pernah dapat markah penuh pon tapi masih lagi aku kat sini, menaip untuk entry sia sia. Bukankah lagi molek kalau aku ambik buku dan selak untuk exam  ?


Faktor berada di rumah mungkin yang buat aku malas macam ni. Salah kau lah ni kan rumah. 


Maka dengan ini aku berjanji, balik kolej petang ni aku akan berdating dengan perpustakaan. Ya, library. Its gonna be just between the two of us. You. And me. Alone.


Kau pilih, nak dapat slip keputusan dengan rasa pandai atau rasa bodoh ? Nak rasa puas atau rasa 'soalan senang ja, entah kenapa aku blank '. Kau nak mana ? Kau pilih.


Kau nak pakai BMW ke nak pakai kereta kuda dah besar nanti ? Kau nak pakai bag LV ke bag recycle ? Kau nak Jimmy Choo atau nak cap tah hape hape ? Kau nak tengok mama papa senyum bahagia atau senyum sebab nak jaga hati kau bila dapat result nanti ? Kau bagi tau aku . Sekarang kita kat bawah, papa sakit, bila bila masa boleh sakit lagi. Kau suka tengok papa masuk wad, wayar selirat sana sini, bunyi machine haram tu yang buat jantung kau berdegup lagu tak tentu arah. Kau suka ? Mungkin kau boleh hadiahkan papa dengan keputusan yang memberangsangkan ? Mama kata , tolonglah graduate cepat. Awak dalam program fast track, tahun depan dah graduate. Tolong bagi papa tengok awak dengan scroll ijazah awak tu. Kalau papa nak pergi pon, papa boleh pergi dengan tenang.


Ya Allah, aku memohon padamu Ya Allah, bantulah aku, kuatkan lah hambamu ini Ya Allah. Amin. 


Papa, papa kuatkan ? Papa tunggu Ruehl graduate dulu okay ? Mama, Ruehl takkan kecewakan mama lagi. Ruehl dah janji berhenti matrik sebab nak mulakan yang baru. You can take my words. I love you guys.


3 pointer, awak tunggu saya. Awak boleh lari,saya kejar. Saya kuat lari, saya boleh naik kuda. Lari lah, saya kejar dan takkan lepaskan awak.






Friday, April 15, 2011

Maka saya bukan junior lagi (:


Hari ni hari jumaat. Kenapa dengan hari jumaat ? Haha hari jumaat adalah hari terakhir kuliah dalam setiap minggu dan untuk kali ni, kuliah terakhir untuk semester ni. Acahhcahh awak awak kita dah bukan junior lagi dah. Hihi*muka bangga. Okay sedih pulak sebab dah habis semester satu rupanya. Tak terasa pon ? Mana nak rasa kalau kau suka ponteng kuliah kan ? Kantoi disitu.




Hari ni punya kuliah kami buat kuliah movie ! Thanks to madam Sorfina yang sangat sporting (: Love you maam ! Semalam zy,rom aku dan fazrin went to bukit jelutong. Order fkc, and cakes from secret recipe. We ordered choclate indulgance which is a must and pecan butterscotch. Nice one.

Tempting kan ?

Mampu ?

Haha bapaklah ber lagak kan. Anyways zy, leah and i was the one responsible for the foods. Oh wait rasanya kitaorang yang responsible for everything kot. Entah ? So this morning Fazrin bagi pinjam kereta . Hooray thanks Fazrin you rock !*bodek. So these are some random pictures kitaorang snap during the journey.
Zaaba hot

Ignore the hair

Okay hi kereta. Yayah cepat mana kunci ?

Tite tomey kan. Ihik. -__-




Oh hi kereta yang sebenar. Bukan BM. Kancil. Comel !
So vroom vroom hi bukit jelutong. Oh btw, dalam perjalanan kat roundabout time yayah nak bagi signal, kereta almost terbalik weh ! Haha okay melampau but time tu sumpah menakutkan.

Shocked. Baby kancil awak okay kan ?

And thengggggg kayepsi cam haram. Waited for more than half an hour . Haram :/. Im kinda pissed off so you guys watch out aku nak buat aduan pengguna ! Mampos kauu padan muka. Dont mess with us kl people okay. Kerja tu biarlah ikhlas sikit. Rugi ke  kau kalau lempar senyum sikit ? Rugi ? Dah tu bila manager kau nak tolong aku, kau boleh pulak sindir dia cakap takyah nak baik sangat apahal ? Ni lah manusia kn. Pantang tengok orang senang sikit. Okay habis cerita pasal kau. Kau tunggu nama kau naik esok ja okay ?




Me pissed off.




Sampai puncak, adik adik semua tolong angkatt barang . Hihi. Korang somel. Adik adik, aku just nak cakap dekat korang, kat sini jaga diri baik baik. Sini bukan macam mrsm. And aku tau ada antara korang yang taknak ambik better offer yang korang dapat sebab kata kat sini best. Dik, awak tak rasa hidup lagi. Takda apa yang best kat sini. Kalau korang rasa sini bebas, boleh keluar sesuka hati, aku tak tau nak cakap apa. But, jaga diri baik baik. Hidup masih panjang. And korang yang pandai pandai kalau dapat offer yang lagi baik korang pegilh. Jangan sempitkan otak semata mata sebab kebebasan. Sorry kalau selama kita satu class, aku ada tergurau kasar . Ya lh, aku kan memekak en. Tambah zy tu lagi memang tak lah.


Ohhh ohhh nyways class AC110 1C ni dipenuhi artis tau. Haha serious, no joking moking .
                         1. Gary Andrew : Justin Bieber (He's Bieber's numbr one fan.Me likey                  bieber too)
                                2. Leah Abigail : Angelina Jolie ( She got sexay pouty lips)
                         3. Ruehl Athia : Katy Perry ( Obviously because of my hair )
                         4. Lokman Rom : Cristino Ronaldo( Ada ghoman i think )
                         5. Irfiruddin : Bruno Mars ( Suka sangat kat BM kn)
                         6. Mohd Fazrin : Hugo Boss( Sebab dia bos.  Bukan artis,terlari tajuk )


Leah Jolie. Look at those sexy lips. Now you know.

Gary Bieber. Handsome ? I know.*ignore the existance of ugly betty wearing kurung.

Lokman and Bruno. Sweet like candy <3

Meet Katy Perry and Mr.Boss.