Sunday, April 24, 2011

Bila rasamu itu rasaku.



Senyum pada aku macam selalu
Maaf. Maaf seribu maaf aku pinta pada kau. Aku tak pasti apa yang mengganggu perasaan kau malam itu. Maaf, silap aku juga bicara dengan kau pada timing yang salah. Maaf sekali lagi. Telah aku ikat janji pada kau untuk jadi perempuan kuat. Perempuan keras. Namun, hanya satu  ayat kau telah buat getar pada hati perempuan aku. Lalu aku kalah. Kalah pada air mata.


Maaf, silap aku pada kau banyak. Dari pertama kali saat plastik tu bertukar tangan, banyak silap aku pada kau. Au tak nampak apa istimewa aku, namun kau buat aku rasa bagai aku saja yang wujud dalam dunia ni. Terima kasih. 


Pinta aku, ingat aku di sini. Ingat aku sentiasa ada untuk kau. Macam kau sentiasa ada untuk aku. Karma itu setan. Kerana buat aku rasa apa yang telah kau rasa. Padan muka aku. Sekali lagi, aku disini. Masalah kau, masalah aku. Bahagia kau, bahagia aku. Muram kau , tangis aku. Senyum kau, ketawa aku. Kongsi sama aku segalanya. Akan aku tadahkan telinga aku untk kau, akan aku pinjamkan bahu aku untuk kau. Seperti apa yang pernah kau buat pada aku.


Aku ada untuk kau disini untuk kau sahabat. Tanam ini dalam pikiran kau.