Wednesday, April 20, 2011
Kerana aku ingin lihat bulan dengan kau.
Hipokrasi. Wujudkah orang yang ingin menjadi hipokrit ? Aku berani potong jari tak siapa yang ingin menjadi hipokrit dalam hidup. Namun, dengan environment dunia, hipokrasi menjadi makanan ruji manusia. Kau terpaksa jadi hipokrit demi mencapai kehendak kau.
Kau tak boleh nak minta dunia sesuai kan persekitaran mengikut kehendak kau. Kau yang harus menyuaikan diri dengan persekitaran dunia.
Aku sakit. Aku lelah kapan aku lihat gambar mambar kau dengan perempuan cantik itu. Gambar kenangan tawa kau berdua waktu aku terjelepuk di atas lumpur yang kau cipta. Waktu kau ketawa hina pada aku kerana kau pilih ego. Kau terperangkap. Dalam sangkar egois yang kau bina. Aku. Aku pilih untuk jadi orang yang dicemuh kerana dambakan kau. Air mata aku murah untuk kau.
Aku tak pasti hipokrit kah aku ? Atau matang kah aku untuk berurusan dengan orang macam kalian. Aku rasakan aku matang. Kerana aku sudah boleh deal dengan perasaan aku. Kau aku pikir masih belum matang. Setuju ? Asalkan kau tau, aku sudah lama memaafkan perempuan cantik itu. Aku tak simpan dendam , jauh sekali benci pada perempuan cantik itu. Bukan salah dia bila tuhan kurniakan dia paras dan peribadi menawan yang bisa buat kau goyang. Aku tak ingin menjadi orang yang buat air mata seorang perempuan cantik mengalir. Lalu aku maafkan dia. Nasihat aku, baliklah pada dia. Teman sejati kau. Jangan kau hancurkn persahabatan kerana cinta yang belum pasti penghujungnya.
Aku ? Aku akan setia nantikan kau di sini, dengan senyuman. Berbaiklah, agar tenang hati aku. Sakit aku, perit aku jangan kau peduli kerana akan terubat juga ditelan masa. Aku pilih untuk menjadi hipokrit agar dapat disesuaikan dengan persekitaran kita.
Aku pilih hipokrasi, kerana aku ingin lihat bulan dengan kau.