Monday, April 11, 2011

Persahabatan. Pilihan . Perpisahan.

Persahabatan. Sesuatu yang bagi aku sangat indah dalam hidup ini. Manusia datang dan pergi tapi sahabat sejati yang akan sentiasa kekal di sisi. Aku seorang yang sangat pentingkan persahabatan. Bagi aku persahabatan tu takda tolok tandingannya. Semua punya sahabat begitu juga aku. Aku sanggup korbankan kepentingan aku untuk sahabat aku. Ya, aku memang begitu. Aku punya seorang sahabat yang bagi aku sangat istimewa. Bukan yang lain tak istimewa bagi aku tapi yang seorang ini, sangat setia di sisi aku tak kira hujan atau panas. Ikhtishar Ismail. Jejaka tinggi lampai, berbadan sasa dan tampan. Dia aku kira sempurna dari banyak segi. Namun dia seorang yang sangat merendah diri. Humble. Sangat humble. Tak pernah dia cakap besar depan aku. Semuanyya rendah rendah belaka. Aku selesa berkawan dengan kau. Aku tau kau selalu pening melayan kerenah aku tapi kau hebat sebab kuat melayan kerenah aku yang bermacam ni. Kau layan kan kekepohan aku, kau layankan kebodohan aku dalam pelajaran. Kau korbankan masa kau untuk beri aku yang senget dalam kimia ini tutoran. Terima kasih pada kau, aku dapat B dalam kimia untuk PSPM. Aku bangga dengan B aku sebab sebelum ni aku selalu dapat D dalam kimia matrikulasi. Bodoh bukan ? Aku tau kau banyak lagi pelajaran yang kau nak cover untuk exam, tapi kau korbankn untuk aku. Aku tau kau letih ajar aku yang terlebih bijak nih. Maaf :( Kau tak pernah hampakan aku. Kau sentiasa ada untuk aku. Saat aku lemah, jatuh tersungkur, kau yang hulurkan tangan pada aku. Kau bantu aku bangkit, hadapi dunia. Kata semangat kau bisikkan ke telinga aku. Maafkan aku kalau aku tak dapat nak jadi sahabat terbaik untuk kau. Aku tau, walau sakit perit macam mana pon, kau tetap akan berusaha untuk buat aku senyum walau kau terpaksa tahan luka. Kau memang sahabat sejati.




Ikhtishar Ismail 






Pilihan. Aku paling tak gemar jika aku disuruh membuat pilihan. Aku bukan seorang yang suka berfikir. Apa yang aku suka, aku buat tanpa fikir akibat. Dan tindakan itu memakan diri. Aku tau tu. Izzati. Si ikan bilis aku. Suka suruh aku buat pilihan. Dan bila aku jawab aku tak tau, dia akan tarik mka, tinggi suara sambil jerit pada aku 'KAU BOLEH TAK BUAT KEPUTUSAN ? AKU PENATLAH ASYIK BUAT KEPUTUSAN !' haha sorry dik aku malas nak pikir. Aku takut buat keputusan. Takut kalau keputusan yang aku buat akan membuat aku kehilangan apa yang aku ada. Baikkah pilihan yang aku buat ? Elokkah ? Molekkah ? Bahagia kah aku dengan pilihan yang bakal aku buat ? Yang penting, aku tak suka jika disuruh buat pilihan antara satu. Aku benci.Aku tamak. Aku taknak hilang apa yang aku ada, and aku taknak hilang apa yang bakal aku ada. Itu aku. Sila faham.




Perpisahan. Kalau kau tanya apa yang paling aku benci dalam hidup ni adalah perpisahan. Sakit. Ya, perpisahan menyakitkan. Tapi setiap pertemuan ada perpisahan. Suka atau tidak, you have to bear with it. Itu karma hidup.







Aku rasa aku punya hak untuk mempunyai sahabat sejati, aku punya hak untuk tidak membuat keputusan dan aku punya hak untuk katakan tidak pada perpisahan yang aku rasa tidak diperlukan. Hak asasi manusia yang membolehkan. Kalau kau tak puas hati, salahkan hak asasi manusia. Jangan salahkan aku.


*Maaf kalau kau terasa dengan entry aku. Aku tak punya idea lain untuk berurusan dengan orang yang autokratik macam kau. Mungkin kau perlu tau, ada batas dan perbezaan antara sahabat dan kekasih. Aku tau batas aku. Sahabat aku juga tau. Cuma kau yang paranoid tak tentu hala.Cuba faham dan salam tangan aku. Kalau tak mampu, pulangkan kunci hati aku. Terima Kasih.