Wednesday, November 9, 2011


Ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat selain hanya nama-Mu Ya Allah

Esok ataukah nanti ampuni semua salahku

lindungi aku dari segala fitnah


Kau tempatku meminta kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya hamba-Mu yang slalu bertakwa
Ampuniku Ya Allah yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan kurnia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

*Jangan pernah tinggalkan aku Ya Allah. Ampunkan dosa lepasku. Amin.


Tuesday, November 8, 2011

Blessed.



klik untuk tumbesaran.

Bukan aku nak kecoh aku sorang yang punya kekasih hati sama kawan baik. Aku cuma ingin kongsi agar nanti satu hari aku bisa baca semua yang aku titip ini dengan penuh rasa syukur kerana Allah kurniakan aku manusia yang sayang sama aku. Yang tak harap balasan dari aku, yang tak pernah kisah kelemahan aku. 

Bukan aku nak cakap bongkak atau apa, tapi aku rasa aku tak pernah lagi bergaduh dengan budak dua orang ni. Si ojie ni, nak gaduh mcm mana pon aku tak tahu. Aku emo bukan dia faham. Aku suruh berambus nanti dah tentu dia buat muka tadika tak faham bahasa dia. Bukanlah aku nak suruh dia berambus, tu acahacah ja. Maksud aku, letsay aku kata 'you blar! I taknak tgk muka you' Aisehh mmng taklah aku nak cakap mcmtu tapi andai kata lah, dia mesti buat muka toya dia jawab 'i taknak'. Aku dah masak sangat dah budak ni. Buat aku tensi ja. Kalau bisa, aku nak ngomong satu dunia biar semua tahu dia ni lelaki tak faham bahasa. 

Nabiha. Haih perempuan ni lah setan yang jaga aku. Haha suka hasut aku budak ni. Tapi hasut aku pon , dia tau batas dia. Kau tahu kan biha kau hasut aku apa ? Hehhh teruk naa kau. Alu tahu dia sayang aku. Selalu nak aku cantik. Selalu nak aku bergaya lagak mak datin. Kan biha ? Aku rasa aku banyak kawan baik dan dia salah seorang kawan terbaik aku. Aku boleh baring atas katil kepala terjuntai kat bawah dgn dia dari habis class sampai petang. Berbual bodoh, ketawa tak pasal. Nasib lah aku kenal dia kalau tak, muka ketat ja lah aku kat puncak tu tak punya siapa nak gelak dengan aku. Haih, biha biha. 

Sayang biha, sayang ojie, sayang semua lah.

Terima kasih Ya Allah atas kurniaan kau. Mudahan kekasih hati aku yang dua orang ini kekal sama aku. Sayang kalian. Kau tahu siapa kau kan.


Friday, November 4, 2011





Ya Allah, i need your help. I know i make it hard on myself and i dont try as hard as i should but please dont give up on me.







p/s : I cant change my situation now. The only thing i can change is how i choose to deal with it.

Thursday, November 3, 2011

Mak aku pon tahu tegur aku elok elok.


Kau tak reti nak tegur orang elok elok ?


Ke mak kau tak ajar ?


Ke kau rasa kau dah bagus sangat ?


Semua org buat silap, aku lagilah tak lari dari buat silap.


Nak tegur tu beragaklah ye ?


p/s tegur aku kemain kau, orang lain pijak kau semua bersuara sikit pon tak ? Hilang terus kelantangan bersuara kau ? memang aku silap, tapi kau tak perlu sampai mcmtu. okay ?

Sunday, October 30, 2011

Imperfect me.





I woke up this morning with a text from him. K wait at first mama called, ' dah tengah hari ni bangun ! Matahari dah terpacak tak bangun bangun anak dara apa ni ' K standard lah tu kan mama opah semua pon ayat macamtu. Zzzzzz ni lah dunia sekarang, kejut anak pakai call ja. Teknologi di hujung jari ye dop. Mana pergi sentuhan ibu di pagi hari ni ma, mana mana ? Grrr emo. Then biasanya celik mata terus on laptop, check timeline. Then tengok mention, dia mention kata 'I ada text you something. Read it when you get up okay dear'. 


Capai bb, tengok message.


'Ruehl i just wanna say something. Iloveyousomuch sayang. And happy 100 days anniversary baby. I may look strong in person. But actually im not that good. And i admit i am very manja to the person i love. But what scared me the most is when i can't have your love sayang. But i know you love me with all your heart and i really appreciate it. Thanks for everything dear. Iloveyousomuch Ruehl. Thanks for loving me. Happy 100 days of love ! Mmmmmuuaahhh ! '


Happy 100 days anniversary. Happy 100 days anniversary. Happy 100 days anniversary. Berpuluh kali aku baca ayat tu. Happy 100 days of love. Dia kira. Selama ni dia kira. Hati aku tersentuh. Perkara kecik, dan dia peduli. Unlike me. Anniversary bulan ja yang aku peduli. Anniversary bulan ja yang aku terkira kira menunggu hari. Dan dia, hari ke 100 pon dia kira. 


Benda ni buat aku terfikir. Ya Allah betapa aku tak hargai apa yang aku ada selama ni. Bukan aku tak hargai. Aku hargai, tapi tak sepenuhnya. Buat aku fikir, betapa selama 100 hari ni dia sabar sama aku. Sama kerenah aku. Sama emosi aku. Sama ego menggunung aku. Sama kehendak aku. 


Apa aku nak dia turutkan. Apa aku nak makan dia bawakkan. Apa aku nak beli dia belikan. Apa aku suruh dia ikutkan. Emosi perempuan aku, ego menggunung aku semua dia sabar. Bila aku marah dia sabar. Bila aku tinggi suara dia lembutkan suara lelaki dia. Bila aku suruh jauh dia bilang dia ingin dekat sama aku. Bila aku lari dia kejar, lalu pegang aku erat. Jujur aku cakap, aku tak pernah jumpa lelaki sesabar dia.


Hidup, mahu kau itu apa lagi ? Tak. Aku silap. Aku silap tanyakan soalan macamtu.  Ruehl, mahu kau itu apa lagi ? Hati perempuan kau itu mahu apa lagi ? Ya, soalan ni yang tepat untuk aku. Mahu aku itu apa lagi ? Ya Allah betapa aku tak bersyukur, tak hargai apa yang aku ada selama ni. Aku bahagia sama dia, dan masih, aku ingin ambil tahu perkembangan si masa  silam itu. Pernah dia minta sama aku, tolong jangan punya satu perasaan pon untuk masa silam itu. Bahagia, sedih, gembira, marah. Tolong jangan ada sekelumit pon perasaan itu. Aku tak punya rasa marah lagi untuk masa silam itu, tapi gembira untuk lihat dia bahagia itu ada. Aku tak mampu nak elak rasa tu, sebab dia pernah jadi sebahagian dunia aku. Dunia yang aku harap kekal lama. Namun dia masa silam aku, yang sudah aku simpan kemas dalam ingatan aku. Tak ada rindu, tak ada kasih. Yang tinggal cuma memori.


Aku manusia biasa. Im just being human. Thats what i do. Aku cuma jalankan apa yang patut aku lakukan sebagai manusia. Flaws everyhere. Imperfection. Maaf kalau kadang kala aku bodoh. Maaf kalau kadang kala aku tak bisa gunakan otak aku dengan sebaiknya. Itu aku. Si manusia biasa yang banyak cacat cela. Aku cuba sedaya aku, untuk perbaiki diri aku.


Kau, yang sentiasa sabar sama aku, terima kasih. Air mata gembira aku untuk kau.


Selasa, lekaslah datang. Esok, lekaslah tiba. Lincahlah sikit. Aku kangan ni :p 



Tuesday, come faster please.