Tuesday, March 22, 2011

Perempuan bajet Superwoman.

                    Aku tak suka perasaan bilamana aku rasa macam hati aku nak meletup, nak pecah berderai bagai. I know theres something that bugs me but as always aku akan buat macam takda apa yang berlaku, cuba untuk tolak tepi masalah yang aku tau aku tak kan boleh tolak sebab aku tak cukup kuat untuk tolak masalah tu. Dan, aku akan lari, ya, lari dari masalah tu. Sejak azali lagi, itulah yang aku buat, itulah jugak yang memakan diri aku sendiri, but somehow, aku masih tegak berdiri menampung semua masalah ni. Terima kasih Allah.



                   Aku kuat, ya aku sering kata aku kuat, aku boleh tanggung semuanya tapi ya, itulah aku. Si Penipu Besar yang suka menipu perasaan sendiri. Bila aku rasa aku tak kuat, aku akan cari dadah aku. Ya, dadah aku. Dadah yang boleh buat aku lupa semua masalah aku walaupun sementara. Yang boleh buat aku rasa high, yang boleh buat aku ketawa macam aku orang yang paling bahagia dalam dunia ni, perasaan macam orang kaya baru mungkin ? Sehinggakan orang yang tengok aku akan kata aku gila sebab gelak tak berhenti mungkin ? Tapi dadah aku tu hanya sementara, sekejap ja aku rasa bahagia, bila dadah tu dah habis, aku akan kembali jadi diri yang pasif, yang lemah, yang tak cukup zat besi, yang kuat menangis. Aku memang type macam tu. Senang. Cuit sikit, bergelen air mata aku mengalir. Lembik, kememeh*bahasa mak aku. Bak kata mama, orang macam aku ni susah nak hidup kat dunia ni sebab aku lembik.Senang ditindas. Yes, aku lembik. Sangat lembik, lagi lembik dari bubur nasi. Kadang aku rasa nak sangat jadi orang lain, orang yang kuat, yang tabah, yang tak kuat nangis. Superwoman? Persetankan semua tu. Itu hipokrit. Tak wujud manusia macam Superman, superwoman, wondergirl bagai. Semua manusia dilahirkan dengan kilang airmata, yang mana akan tumpah jugak airmata tu walau kuat mana pun orang tu, tabah mana pun orang tu, tough mana pun orang  tu.
Perempuan tetap perempuan, akan tetap kata dia kuat walaupun hakikatnya dia dah jatuh tegolek golek. Konklusi, jangan percaya pada perempuan bajet Superwoman termasuk aku.




                   Air mata, kadang aku terpikir kapan air mata aku akan kering sebab aku selalu gunakan  air mata aku. Mungkin esok, lusa, minggu depan, atau memang takkan habis walaupun aku gunakan air mata aku dengan banyak, lagi banyak dari aku gunakan Sos topup aku. Aku egois, ya aku egois. Aku akan pastikan air mata aku tak mengalir depan teman kuliah, teman shopping, teman rumah mahupun teman teh tarik kurang manis aku. Okay pembetulan, teman teh tarik kurang manis aku pernah tengok air mata aku waktu aku lemah hampir tersungkur ke bumi bila Raja yang aku junjung masuk icu sebab sakit jantung yang buat aku benci pada rokok sebab rokok akan bunuh orang yang aku cinta. Tolonglah bankrup wahai pembuat rokok sekalian :/


Bila aku rasa dah lemah, dah tak mampu nak berdiri, battery badan aku perlu dicas sebelum amaran bettery low dan terus habis battery atau dalam bahasa melayu 'mati' , aku akan pastikan dadah aku jadi penguat semangat aku, dan yang pasti, air mata perempuan lemah macam aku ni yang bantu aku untuk terus berdiri dan melangkah untuk hadapi hidup yang sundal ni. Iye, air mata yang turun laju pada pipi mulus aku, lagi laju dari air shower bilik air kolej tempat aku buat multi tasking iaitu menangis sambil mandi supaya aku boleh sorokkan diri aku yang lemah ni di bawah pancuran shower dan keluar dari bilik mandi dengan dagu terangkat sambil buat muka aku kuat,aku tak layan nangis nangis ni pada housemate aku. Ain't karma a bitch? Karma is a bitch, if you act like one.



But still here i am, Si Penipu Besar. Superwoman katanya.