Sunday, November 13, 2011

Selamat tinggal.

Udah aku bilang, aku bukan perempuan yang kuat simpan dendam. Aku bukan perempuan yang senang membenci. Bukan aku. Aku bukan jenis macamtu. Tapi mengapa ya ? Masih juga macamni ?


Tadi malam, jam 1030 aku dah tidur. Berat rasa mata aku. Jam 1230, aku terjaga. Macam biasa, aku on laptop, bukak tab untuk twitter.


Aku skrol timeline, nak hilangkan bosan.
Tiba tiba aku nampak ' sampai satu tahap, semua ni bukan atas dasar ego'


Jantung aku bertambah laju. Dan sakit. Sesak aku rasakan. Jadi aku andaikan kau tahu apa yang aku luahkan. Letih benak aku fikir. Kenapa macamni. Kenapa. Aku fikir lagi. Silap aku kah ? Aku kah yang mulakan semua ni. Aku kah yang mula bercakap kasar dekat twitter pada kau ? Aku kah ? Aku silap, aku mengaku aku silap. Tapi kau tak perlu nak sampai begitu asal saja kau tahu. Ya Allah. Berhenti. Aku tak mahu tuding jari pada kau, atau siapa pon. Tak bawak ke mana.


Kau tahu apa yang aku hadapi sekarang ? Kau tahu betapa pahit aku nak telan semua ni ? Kau tahu betapa  aku perlukan sokongan kau, bukan ? Kau tahu kan ? Kau tahu kan betapa aku perlukan kata kata semangat, kata perangsang dari orang yang aku sayang ? Kalau bukan atas dasar sayang, kalau perkataan sayang tu tak ada lagi dalam kamus hidup kau untuk aku, kalau bukan atas dasar hormat aku , sekurangnya atas dasar kemanusiaan. Atas dasar simpati. Tapi ? 
Keluh kesah aku. Aku sedih, sebab kau tak punya rasa empati dalam diri. Teruskan hidup dalam dunia kau. Aku tak perlu orang macam kau dalam hidup aku, serious aku tak perlu. 


Jangan ingat dunia kau selalu dekat atas. Hidup ni macam roda, berpusing. 


Kau pilih untuk tolak aku jauh jauh, aku pilih untuk buang kau dalam tong sampah.


Jadi, selamat menempuh semester baru ! Moganya hidup kau dipenuhi manusia manusia yang kau dambakan. Kalau ada yang nak lah.


*Kau pegang kata aku ini, semester depan aku akan bikin kau cemburu sama aku.


Jadi, selamat tinggal sayang (: